BMF The Aesthetics People Mengalu-alukan Artis Tersohor Sisley Choi Sebagai Duta Jenama Baharu Selari dengan Tema ‘Be Mighty, Be Fearless’
rafothman
[Pihak pengurusan BMF bergambar bersama Sisley Choi]
Dunia hari ini amat menitikberatkan isu penjagaan diri, kesejahteraan, kesihatan kulit dan keyakinan diri. Di Malaysia sahaja, pasaran kecantikan dan penjagaan diri dianggarkan mencecah jumlah pasaran sebanyak USD 3.24 bilion pada 2024. Namun, ini bukan perkara baharu. Selama ini, pengguna sentiasa meneroka rawatan dan perkhidmatan kecantikan premium yang melangkaui penjagaan kulit. Dalam pada itu, BMF The Aesthetics People, yang telah menjadi peneraju penjagaan kesihatan selama empat dekad di Malaysia, secara rasmi menyambut ulang tahun ke-42nya pada tahun ini. Jenama ini menawarkan pendekatan kesihatan bersepadu yang unik.
BMF ditubuhkan dengan penggabungan di antara dua jenama Bella Skin Care dan Marie France Bodyline, dimana pada tahun 2017 ia secara rasmi dijenamakan sebagai Bella Marie France dan bertukar sebagai BMF The Aesthetic People pada tahun 2022. Dengan pengalaman kolektif selama 70 tahun antara dua jenama yang terkemuka, BMF menjadi peneraju dalam industri estetik dan kesihatan tempatan dengan pantas. BMF fokus untuk meningkatkan kecantikan semula jadi melalui teknologi yang inovatif dan canggih, sambil menawarkan pengalaman pelanggan yang luar biasa dan diperibadikan.
Bagi memeriahkan sambutan ulang tahunnya, BMF turut memperkenalkan artis yang memenangi anugerah, Sisley Choi sebagai duta jenama baharu. Sebagai pelakon tersohor dari Hong Kong, Sisley sentiasa dipuji atas kecantikan dan keanggunan semula jadinya. Sisley bukan sahaja memenangi banyak anugerah dalam kerjaya lakonannya, malah telah melakar sejarah sebagai pelakon TVB pasca 90-an pertama yang memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Ulang Tahun TVB 2020 bagi wataknya dalam Legal Mavericks 2020.
Selain perkembangan menarik ini, tema BMF, ‘Be Mighty, Be Fearless’ selaras dengan komitmen berterusan jenama itu untuk mempromosikan kecantikan semula jadi dan keyakinan diri. Tema ini selari dengan komitmen BMF untuk memperkasakan setiap individu agar menerima daya tarikan masing-masing, dan memupuk dunia ini di mana semua orang boleh merasa berani serta tidak gentar untuk bangga dengan kecantikan diri sendiri.

[Sisley Choi Bergambar Sebelum Majlis Penandatanganan]
“Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk mewakili BMF sebagai duta baharu mereka. Saya sangat bersyukur dan teruja dengan lembaran baharu dalam hidup saya ini. Saya telah menjadi pelanggan BMF bertahun lamanya. Terutamanya, CFU Ultima sentiasa menjadi kegemaran saya. Saya komited untuk mendukung nilai dan visi jenama BMF dan membantu lebih ramai wanita untuk berasa cantik dan yakin dengan ciri keunikan mereka,” kongsi Sisley Choi selepas majlis penandatangan perjanjian kerjasama.
Berbekalkan komitmen untuk membolehkan semua orang berasa yakin dan cantik dengan ciri keunikan masing-masing, BMF telah memperkenalkan pelbagai rawatan estetik yang canggih. Sebagai contoh, rawatan CFU Ultima Face & Body Aesthetics menggunakan tenaga ultrabunyi yang canggih untuk merangsang penghasilan kolagen bagi menjadikan kulit lebih tegang dan berseri. Bertahun lamanya,, jenama itu sentiasa berusaha menginovasi perkhidmatannya bagi menawarkan kecemerlangan pada setiap saat, yang termasuk Terapi Venus Freeze Face & Body , Terapi Instalift EMS Face , dan sebagainya.

[Amy Quek, Ketua Pegawai Eksekutif BMF Sewaktu Ucapan Pembukaan Majlis]
Ketua Pegawai Eksekutif BMF, Amy Quek berkata, “Sejak 42 tahun yang lalu, BMF telah memulakan satu perjalanan yang luar biasa. Hari ini, kami ingin meraikan pencapaian penting ini dengan mengalu-alukan seorang ahli baharu dalam keluarga kami. Kami yakin, Sisley adalah permata yang tidak terganti, dan beliau akan membuka lebih peluang serta memberi inspirasi kepada wanita untuk menerima kecantikan semula jadi mereka dengan yakin. Di BMF, kami komited terhadap inovasi berterusan dan menolak sempadan, bagi memastikan pelanggan kami menerima rawatan yang unik demi membantu mereka berasa cantik dan yakin.”
Selari dengan sambutan ulang tahunnya, BMF juga meraikan lebih empat dekad inovasi dan pelbagai pencapaian hebat setakat ini. Di samping itu, ia akan terus melakar pencapaian- pencapaian baharu untuk mengukuhkan dedikasinya terhadap kecemerlangan dalam industri kecantikan dan kesihatan. Pada masa ini, BMF mempunyai tujuh buah pusat kecantikan yang beroperasi di seluruh Malaysia di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak.