Selepas Mat Coffee, Kini Pak Mat Western Memperkenalkan Mat Chicken & Burger
Lina Rosli
Selain penawaran froyo, kopi dan juga kambing perap, kini Pak Mat Western memperluaskan penawaran mereka menerusi pengenalan jenama makanan segera – Mat Chicken & Burger.
Di bawah jenama ini, Mat Chicken & Burger hadir dengan variasi pilihan menu yang boleh dipesan secara fizikal di kedai mereka. Antara menunya adalah:
- Set Ayam Goreng Original
- Set Ayam Goreng Spicy
- Mat Cheese Burger
- Mat Spicy Cheese
- Mat Chicken Deluxe Burger
- Mat Chicken Grilled Burger


Untuk kesemua hidangan ini, anda boleh memilih sama ada untuk mendapatkan hidangan ala carte ataupun hidangan kombo – disertakan bersama kentang goreng dan minuman berkarbonat.
Dari segi harga pula, untuk burger ala carte, ia dijual pada harga bermula RM10.90. Sementara ayam goreng pula ditawarkan pada harga bermula RM11.90. Mat Chicken & Burger turut hadir dengan set kotak, yang dijual pada harga:
- Set Double Box – RM16.99
- Set Trio Box – RM22.99
- Set Big Box – RM34.90

Setakat ini, Mat Chicken & Burger ini hanya dibuka di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sahaja. Menurut Pak Mat Western, setakat ini, tiada perancangan pembukaan cawangan lain di negeri lain dalam masa terdekat.