Apa Yang Menu Menarik Yang Boleh Anda Cuba Di Tim Hortons?

August 14, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Tim Hortons, jenama kopi terkemuka dari Kanada, kini memperluaskan penawarannya untuk pasaran Malaysia. Ia menawarkan variasi pilihan minuman bermula dari kopi sehingga ke minuman kegemaran tempatan serta turut hadir dengan pelbagai pilihan makanan sedia makan dan juga donut.

Istimewa untuk penawaran pasaran Malaysia, Tim Hortons bekerjasama dengan Lakar by Mekar, yang merupakan pelukis mural tempatan yang terkenal, untuk menampilkan elemen tempatan di kedai-kedai mereka.

Setiap cawangan Tim Hortons di Malaysia akan dihiasi dengan seni mural yang unik, mencerminkan budaya dan keindahan tempatan seperti lukisan batik pada daun maple, menjadikan setiap kunjungan lebih daripada sekadar pengalaman kulinari.

Berikut adalah beberapa hidangan dan minuman menarik yang boleh anda nikmati di Tim Hortons Malaysia:

#1 Donut

Tim Hortons membawa pelbagai jenis donut dengan perisa unik yang menggabungkan elemen kulinari tempatan dan antarabangsa:

  • Pineapple Filled: Donut lembut dengan inti jem nenas tropika yang manis dan menyegarkan, sempurna untuk pencinta buah-buahan.
  • Maple Biscoff: Gabungan sirap maple asli dan kepingan Biscoff yang rangup, memberikan tekstur unik dan rasa manis yang memikat.
  • Boston Cream Strawberry Dazzle Dream: Donut klasik ini disalut dengan coklat putih dan dihiasi dengan topping sprinkler berwarna-warni yang menjadikannya pilihan popular dalam kalangan penggemar donut.
  • Chocolate Glaze: Donut klasik yang dilitupi lapisan coklat mewah, sesuai untuk mereka yang sukakan manisan yang memuaskan.
  • Matcha Crumble: Perisa matcha yang kaya digabungkan dengan crumble rangup, memberikan pengalaman rasa yang mendalam dan menenangkan.

#2 Timbits

Untuk pilihan donut dalam saiz kecil, Timbits adalah pilihan yang tepat. Timbits datang dalam pelbagai perisa seperti Classic Glaze, Cinnamon Sugar, Birthday Cake dan Kaya Filled yang mana ia sesuai untuk dinikmati sebagai snek ringan.

#3 Sandwic

Untuk hidangan yang lebih berat, Tim Hortons menyajikan pelbagai sandwich yang penuh dengan rasa dan tekstur yang lazat dan sesuai untuk sajian brunch:

  • Maple Chicken Deli & Cheese Sourdough Melt: Ayam deli lembut dan keju cair, disalut dengan sirap maple manis di antara dua keping roti sourdough rangup.
  • Truffle Mushroom & Cheese Sourdough Melt: Cendawan truffle harum digabungkan dengan keju cair dalam roti sourdough.
  • Sambal Grilled Cheese Sourdough Melt: Gabungan sempurna keju cair dan pedasnya sambal, sesuai untuk pencinta makanan berempah.
  • Pesto Chicken & Mozzarella Tortilla Melt: Ayam berperisa pesto dan mozzarella cair, dibalut dalam tortilla rangup, pasti membuatkan anda kembali lagi.

#4 Pasta Sedia Makan

Tim Hortons juga memperkenalkan dua jenis pasta yang boleh dipesan, sekiranya anda menginginkan sajian makanan yang mengenyangkan sewaktu makan tengahari atau minum petang.

  • Pesto Cream Chicken & Mozzarella: Pasta disaluti dengan sos pesto berkrim – dilengkapi dengan potongan ayam lembut dan keju mozzarella cair.
  • Beef Ragu Bolognese: Ala-ala pasta bolognese biasa yang anda makan di kebanyakan restoran mewah, menu ini menggunakan daging lembu yang dimasak sempurna terus di dalam sos bolognese pekat.

#5 Pilihan Minuman Istimewa

Menikmati hidangan di Tim Hortons tidak lengkap tanpa mencuba minuman istimewa yang unik:

  • The Original dan Teh Tarik Tribute: Minuman ikonik Malaysia ini diberi nafas baru dengan rasa asli yang pasti memikat selera.
  • Butterscotch Ondeh-Ondeh: Inspirasi daripada kuih tradisional, minuman ini menggabungkan rasa karamel dan kelapa untuk rasa manis semula jadi.
  • Kopi Double-Double: Kopi klasik dengan dua sudu gula dan dua sudu krim, sesuai untuk mereka yang sukakan rasa kopi yang tidak terlalu pahit.
  • French Vanilla: Kopi lembut dan aromatik dengan sentuhan vanilla, ideal untuk sesiapa yang gemarkan kopi dengan rasa manis yang seimbang.

Untuk penggemar latte, Tim Hortons Malaysia memperkenalkan dua perisa baharu dalam siri latte mereka:

  • Maple Cinnamon Latte: Latte yang menggabungkan manisnya sirap maple dengan rasa hangat kayu manis.
  • Dolce Latte: Latte dengan rasa manis karamel sesuai untuk mereka yang ingin menikmati kelazatan kopi berkrim.

Dengan adanya senarai makanan dan minuman yang tersedia di Tim Hortons, kini anda boleh menikmati sajian kombinasi unik antara rasa tempatan dan antarabangsa, serta sentuhan seni tempatan yang menjadikan setiap cawangan sebagai ruang yang menarik dan berjiwa.

Selain dibuka di Sunway Velocity Mall dan juga IOI City Mall Putrajaya, jenama ini turut akan memperluaskan penawaran mereka di beberapa tempat lain seperti di AEON Bukit Tinggi dan banyak lagi dalam masa terdekat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd