Amazin’ Graze Raikan Ulang Tahun Ke-9 Dengan Barisan Promosi Dan Produk Eksklusif
Lina Rosli
Jenama makanan sihat, Amazin’ Graze kini meraikan ulang tahun mereka yang ke-9. Dari menawarkan pelbagai pilihan granola dan kekacang, jenama ini telah berkembang dan mula m makanan berkhasiat dan perisa yang diinspirasikan dari Asia.
Sempena ulang tahun ini, Amazin’ Graze hadir dengan pelbagai tawaran istimewa selain turut menawarkan variasi produk eksklusif dan juga peraduan menarik.

Untuk pengetahuan anda, perjalanan Amazin’ Graze bermula dengan fokus untuk mencipta granola yang enak dan sihat. Kini, setelah 9 tahun, jenama ini berjaya menembusi lebih daripada 10 negara, membawa cerita dan citarasa Asia ke seluruh dunia.
Apa yang menarik, di epanjang bulan Ogos ini, setiap pembelian granola Amazin’ Graze di Malaysia dan Singapura akan memberi anda peluang untuk menemui Tiket Emas yang tersembunyi di dalam pek. Jika anda menemui Tiket Emas tersebut, anda akan memenangi granola percuma selama 3 bulan.

Tawaran ini sah untuk penyertaan pada bulan Ogos, jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah. Selain itu, jenama ini turut menawarkan potongan sehingga 25% untuk produk kegemaran anda setiap minggu sepanjang bulan Ogos:
- Minggu 1 (1 Ogos – 7 Ogos): Diskaun untuk semua produk protein berasaskan tumbuhan
- Minggu 2 (8 Ogos – 14 Ogos): Diskaun untuk semua produk Goodness Bowls Oatmeal Segera
- Minggu 3 (15 Ogos – 21 Ogos): Diskaun untuk semua produk campuran kacang
- Minggu 4 (22 Ogos – 31 Ogos): Diskaun untuk semua produk granola

Bundle Edisi Terhad – Matcha Granola dan Campuran Kacang Rosemary Garlic
Untuk menandakan ulang tahun ke-9 ini, Amazin’ Graze turut melancarkan bundle edisi terhad yang menggabungkan Matcha Granola dan Campuran Kacang Rosemary Garlic yang baharu pada harga RM31.30 dan hanya boleh didapati sepanjang bulan Ogos.