Velosan, Jenama Peralatan Memasak Yang Menggunakan Bahan Semula Jadi Dan Reka Bentuk Minimalis
Lina Rosli
Velosan, sebuah jenama peralatan memasak dari China, kini mula memasuki pasaran Malaysia secara eksklusif di Lazada.
Bagi yang tidak mengetahui, Velosan hadir dengan barisan produk untuk dapur rumah yang komited dalam menggunakan bahan semula jadi dan reka bentuk inovatif. Dan khusus untuk penawaran di Malaysia, Velosan membawakan koleksi terbaru mereka, siri Pebble yang dijangka akan mengubah cara anda memasak.

Untuk siri Pebble, Velosan membawakan teknologi lapisan yang bebas daripada bahan kimia berbahaya dan logam berat. Melaluinya, anda tidak lagi perlu risau ketika menggunakan alat dapur anda kerana siri ini mengutamakan kesihatan dan kelestarian – menetapkan piawaian baru dalam dunia peralatan dapur.
Selain itu, ia dilengkapi dengan teknologi yang memastikan pengagihan haba yang rata selain turut menggunakan binaan titanium yang nipis menjadikan peralatan ini 30% lebih ringan daripada pilihan tradisional. Siri Pebble ini juga mempunyai teknologi tahan calar – sesuai untuk penggunaan memasak yang pelbagai.

Tidak hanya itu, ia juga dilengkapi dengan pilihan warna yang moden seperti warna Putih Magnolia, Ungu Monet, Kuning Aprikot, Merah Jambu Sakura, Coklat Moka, dan Hijau Pudina untuk menambah sentuhan peribadi dan artistik pada dapur anda.
Bagi anda yang ingin mendapatkan produk dari Velosan, kini mereka hadir dengan penawaran eksklusif pada 25 hingga 27 Ogos 2024 yang mana jenama ini menawarkan promosi beli 1 percuma 1 untuk barangan terpilih.
Di Lazada, anda juga boleh menikmati tawaran Combo Gila dengan diskaun 20% untuk item kedua, 30% untuk item ketiga dan 40% untuk item keempat.