A Store Menampilkan Variasi Pilihan Kasut Dari Korea Hingga Barcelona – Sesuai Untuk Fesyen Smart Kasual

August 22, 2024
Fesyen

Lina Rosli

A Store, sebuah jenama fesyen yang memfokuskan gaya, kelestarian alam dan kehalusan kerja tangan, kini telah tiba di Malaysia dengan pembukaan kedai utamanya di The Gardens Mall.

Sebagai sebuah destinasi gaya hidup-kasut utama, A Store yakin bahawa fesyen bukan sekadar merangkumi nilai estetika – malahan ia juga adalah satu cara ekspresi diri. Oleh itu, A Store mengalu-alukan kehadiran pelanggan untuk meneroka pelbagai jenama global yang dipilih secara teliti berdasarkan nilai teras keaslian dan inovasinya.

Merangkumi 7 jenama yang popular daripada pelbagai negara seperti Autry, gaya klasik Cariuma yang berteraskan kelestarian alam, dan juga gaya vintaj SAYE yang direka dengan beretika, setiap pasang kasut dari A Store mempunyai kisah unik mengenai kehalusan kerja tangan dan bakat reka cipta moden untuk ketengahkan.

Selain itu, A Store turut hadir dengan jenama fesyen kasut lain termasuk Hirundo, East Pacific Trade, Foot Industry dan Stepney Worker’s Club.

Senarai Jenama-Jenama Yang Tersedia di A Store

Di A Store, para pelanggan boleh menjangkakan pengalaman beli-belah imersif yang bertaraf tinggi. Koleksi yang dipilih secara rapi menampilkan gabungan eklektik jenama global tersohor dengan kualiti luar biasa dan prinsip rekaan yang unik.

Berikut adalah senarai jenama-jenama yang tersedia di A Store:

#1 Autry

Memberikan nafas baharu kepada legasi kasut tenis 80-an dengan menggabungkan gaya warisan dan sentuhan moden, Autry menggarapkan intipati fesyen sukan vintaj dan pada yang sama memenuhi cita rasa moden.

Antara yang menggayakan item dari Autry termasuklah Lisa dan Rosé dari Blackpink – ini sekaligus mengukuhkan lagi statusnya sebagai mesti ada dalam fesyen kontemporari.

#2 Cariuma

Untuk Cariuma, ia merupakan jenama kasut yang mengutamakan kelestarian. Ia diasaskan oleh peneraju industri Fernando Porto dan David Python.

Apa yang menarik untuk jenama ini, mereka hadir dengan satu program yang dinamakan Cariuma’s Pair – yang mana melaluinya, jenama ini telah menanam lebih 2.5 juta pokok di hutan hujan Brazil. Ini menandakan komitmen mereka dalam meningkatkan usaha penanaman semula hutan atau pemuliharaan alam sekitar.

#3 SAYE

Sebuah jenama kasut dari Barcelona, SAYE menjadi pilihan ramai kerana kasutnya menggabungkan rekaan vintaj dengan sentuhan kontemporari. Dihasilkan di Portugal dengan menggunakan bahan mentah organik berkualiti tinggi dan juga fabrik kitar semula, SAYE telah mendapat perhatian daripada ikon fesyen seperti Harry Styles dan seterusnya menjadikannya satu jenama kegemaran dalam kalangan pencetus trend.

#4 EPT – East Pacific Trade

Jenama kasut yang berasal dari Korea, EPT menampilkan kasut gaya hidup yang minimalis – ia juga turut menawarkan kasut yang bersesuaian dengan kasut untuk papan selaju (skateboard) kerana ia dilengkapi dengan teknologi kusyen yang canggih.

Koleksi eksklusif EPT menampilkan rekaan yang ikonik dengan sentuhan inovatif yang menawarkan keselesaan, kualiti dan gaya yang sempurna untuk kegunaan harian.

#5 S.W.C – Stepney Workers Club

Menampilkan pilihan kasut yang diindpirasikan daripada kelab sukan pekerja tradisional yang menampilkan gaya serba boleh dan kasual. Kasut vulcanised dan cupsole S.W.C, termasuk slip-on Lister, low-top Dellow, and high-top Varden, direka untuk tahan lama dan mudah untuk digayakan. Ini menjadikannya satu jenama kasut yang harus dimiliki oleh semua.

#6 Foot Industry

Food Industry merupakan sebuah jenama yang berasal dari Tokyo. Terkenal dengan penggunaan teknologi canggih serta rekaan yang unggul, Foot Industry mencipta kasut yang memenuhi keperluan individu yang mementingkan fesyen dan juga dan keselesaan.

#7 Hirundo

Memfokuskan kepada rekaan yang kelihatan mewah dan elegan, Hirundo sebuah jenama kasut daripada Portugis ini menampilkan variasi pilihan kasut yang sesuai untu digayakan sewaktu acara smart kasual.

Kasut ini diperbuat daripada bahan mentah tempatan seperti kapas, kulit, gabus dan getah – yang mana direka cipta untuk tahan lama. Komited untuk memelihara alam sekitar, Hirundo menggalakkan pilihan fesyen yang lebih lestari dengan setiap langkah.

Jadi, adakah terdapat jenama yang menarik perhatian anda? Jika ya, anda boleh berkunjung ke A Stire untuk mendapatkan kasut gaya hidup yang sesuai untuk fesyen harian anda. A Store memastikan bahawa setiap produk menepati standard tertinggi dalam kualiti, kelestarian dan gaya. Ini mencerminkan dedikasi A Store untuk membawakan fesyen yang bukan sahaja berinovasi tetapi juga bertanggungjawab.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd