SF Coffee Memperkenalkan Minuman Edisi Terhad “Malaysia Brew-Lah”

August 22, 2024
Fesyen

Lina Rosli

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67 pada tahun ini, SF Coffee nampaknya tidak ketinggalan dalam memperkenalkan menu istimewa untuk meraikannya.

Mengetengahkan elemen memfokuskan Malaysia dan merdeka, SF Coffee hadir dengan beberapa pilihan minuman yan mengangkat citarasa klasik Malaysia ke tahap yang lebih moden – melalui siri Malaysia Brew-Lah.

Untuk minuman yang ditawarkan di dalam siri ini, SF Coffee menampilkan minuman kegemaran rakyat Malaysia seperti:

  1. Iced Teh Tarik – Minuman teh tarik versi sejuk ini hadir dengan kesejukan yang menyegarkan, mengekalkan rasa teh yang pekat dan dicampur dengan agar-agar gula merah.
  2. Teh Tarik Frappé – Menggabungkan minuman teh tarik yang klasik dengan frappé. Minuman ini menawarkan keseimbangan sempurna antara rasa teh tarik yang asli dan kesegaran ais blended, mencipta pengalaman rasa yang unik dan memuaskan.
  3. Iced Cham – Cham merupakan minuman yang mencampurkan teh dan kopi. SF Coffee memberikan nafas baru kepada minuman tradisional dengan turut menambah agar-agar gula merah ke dalamnya untuk rasa yang lebih berkrim.
  4. Cham Frappé p- Sama seperti teh tarik, minuman Cham ini juga hadir dalam variasi frappé. Campuran teh dan kopi ini diadun dengan ais, mencipta satu minuman yang bukan sahaja menyegarkan tetapi juga penuh dengan rasa.

Selain minuma, SF Coffee turut memperkenalkan kek istimewa, Apam Balik Cake. Ia merupakan kek yang menggunakan perisa kuih tempatan yang kaya dengan rasa manis dan berkacang. Ini sekaligus memberikan anda pengalaman yang berbeza ketika menikmati kek.

Minuman dan sajian ini hanya tersedia untuk tempoh terhad, jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk mencubanya.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd