Ini 25 Promosi Yang Boleh Anda Tebus Bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-67
Lina Rosli
Khusus buat penggemar bagi setiap jenama minuman dan makanan di Malaysia, nampaknya bersempena bulan kemerdekaan di Malaysia pada tahun 2024 ini, terdapat pelbagai promosi yang telah ditawarkan kepada semua inidividu.
Oleh itu, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk menebus dan menikmati promosi yang ditawarkan bermula hari ini.
#1 Secret Recipe
Untuk Secret Recipe, terdapat beberapa penawaran menarik yang ditawarkan kepada anda



#2 The Coffee Bean & Tea Leaf
Untuk peminat kopi, ini adalah berita baik untuk anda yang mana The Coffee Bean & Tea Leafs menawarkan promosi istimewa sempena merdeka. Anda boleh mendapatkan minuman terpilih pada harga hanya RM6.70 secawan.
Tawaran sah untuk dua hari sahaja – sehingga 31 Oktober 2024. Untuk mendapatkannya, anda perlu kunjungi ke kedai TCBTL berdekatan anda.

#3 Tealive
Untuk penggemar minuman manis dan klasik pula, nampak Tealive menampilkan 8 pilihan minuman yang boleh anda dapatkan pada harga promosi – RM6.70 sahaja.

#4 Daboba
Selain itu, Daboba hadir dengan set bundle untuk tiga (3) dan lima (5) pada harga yang berbaloi. Promosi ini hanya terhad untuk minuman terpilih seperti:
- Roasted Brown Sugar Fresh Milk
- Pearl Milk Tea
- Passion Green Tea
- Mango Frappe
- Honey Golden Pearl Green Milk Tea


#5 Baskin-Robbins Malaysia
Nikmati Junior Milkshake atau King Ice Cream pada harga RM6.70 – khusus untuk pembelian kedua. Tawaran ini sah untuk pembelian pada Hari Merdeka Malaysia pada 31 Ogos 2024.
Selain itu, anda juga boleh menebus promosi semperna hari gaji dengan memasukkan kod yang disediakan – hanya terhad untuk pembelian secara atas-talian sahaja. Promosi ini sah sehingga Hari Merdeka sahaja.


#6 Nando’s Malaysia
Pada 31 Ogos 2024, nikmati ayam PERi-PERi yang dipanggang sempurna dari Nando’s secara percuma. Ajak rakan dan keluarga anda ke Nando’s, belanja sekurang-kurangnya RM100 dan dapatkan Ayam Whole secara percuma dengan pilihan perisa PERi-PERi kegemaran anda.

#7 KFC Malaysia
Jangan lupa untuk masukkan dan tebus diskaun 31% untuk pembelian set 9 ketul ayam goreng di KFC – kini berharga hanya RM37.95 sahaja.
Promosi ini terbuka untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia – tetapi tidak tertakluk kepada cawangan KFC Malaysia di Legoland, Genting Highland dan juga di lapangan terbang. Harus diingatkan juga, ianya sahaj untuk pembelian di kedai fizikal dan servis ambil di kedai sahaja.

#8 Marrybrown Malaysia
Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-67, anda berpeluang mendapatkan hidangan 8 ketul ayam pada harga hanya RM31.80. Tawaran ini terhad untuk pembelian di dalam aplikasi – dan hanya boleh ditebus pada 31 Ogos 2024.
Selain itu, anda juga boleh melakukan pembelian voucher RM0.01 di Shopee untuk memperoleh diskaun 31% – nilai diskaun maksima adalah RM8.
Apa yang menarik, anda juga boleh mendapatkan pelekat istimewa secara percuma.



#9 Kenny Rogers ROASTERS Malaysia
Sempena sambutan 67 tahun Merdeka, Kenny Rogers ROASTERS Malaysia menawarkan Kenny’s Quarter Lite Meal pada harga RM6.70.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan sambutan Merdeka kali ini lebih bermakna dengan hidangan yang lazat dan harga yang berbaloi. Tawaran ini sah untuk servis makan di kedai dari 30 Ogos hingga 1 September 2024, di semua cawangan KRR Malaysia kecuali di PKNS Shah Alam, Plaza Angsana dan Presint 15 Putrajaya.

#10 ZUS Coffe
Raikan Hari Kemerdekaan Malaysia dengan minuman RM6.70 di ZUS Coffee.
Dari 29 hingga 30 Ogos, dapatkan minuman kegemaran anda seperti Spanish Latté, Buttercreme Latté, ZUS Gula Melaka, dan banyak lagi dengan harga istimewa RM6.70 sahaja. Gunakan kod “MERDEKA67” semasa lalukan pembelian melalui aplikasi ZUS. Tawaran sah untuk servis ambil di kedai sahaja dan hanya terhad satu diskaun untuk satu pembelian.

#11 Kenangan Coffee
Raikan kemeriahan merdeka dengan tawaran istimewa di Kenangan Coffee. Dapatkan diskaun 67% untuk cawan kedua apabila anda membeli mana-mana minuman saiz biasa atau besar.
Tawaran sah dari 26 Ogos hingga 1 September pada jam 3 hingga 6 petang. Bawa rakan dan nikmati bersama.

#12 Pizza Hut Malaysia
Sempena Hari Kemerdekaan, mari kita hargai setiap rasa dan budaya yang membentuk negara kita. Anda boleh beli 1 piza Favourite saiz biasa, dan dapatkan 1 piza Fun 5 saiz besar secara percuma. Tawaran ini sah dari 26 Ogos hingga 1 September 2024.


#13 The Manhattan Fish Market
Sambut Merdeka dengan tawaran istimewa iaitu hanya RM31.80 untuk 2 set The Manhattan Fish ‘N Chips Dory! Tawaran ini tersedia setiap Jumaat, dari 11 pagi hingga 5 petang di semua rangkaian – selagi stok masih ada.

#14 The Chicken Rice Shop
TCRS telah melancarkan menu baharu, Se-HEART-i SEJIWA, SAPOT LOKAL bersempena bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke-67.
Tawaran istimewa yang melakukan pembelian Ayam Se-HEART-i Sejiwa, anda boleh mendapatkan karikatur wajah anda secara percuma – kolaborasi istimewa bersama @institut.seni.lukis.malaysia dan @saito.uc.
#15 HWC Coffee
Dari 26 hingga 31 Ogos 2024, HWC Coffee menawarkan Classic Drip Bag pada harga RM4 dengan setiap pembelian makanan, minuman, atau barangan dagangan. Pilih dari pelbagai perisa seperti Blue Mountain, Golden Mandheling, Golden Mandheling & Brazil, Single Origin Arabica, dan Specialty Mocha.
Bukan itu sahaja, bersempena pengenala Rose Caffè Latte juga, anda boleh menikmati cawan kedua pada diskaun 50% dari sekarang hingga 30 September 2024. Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati kopi berkualiti dan tawaran istimewa.


#16 Kyochon 1991

#17 Bask Bear Coffee
Raikan Hari Kebangsaan dengan minuman hanya RM8.31 sahaja!
Tempah melalui aplikasi atau ambil terus di kedai untuk menebus tawaran ini. Promosi ini hanya sah selama 2 hari iaitu 31 Ogos hingga 1 September 2024 – hanya untuk minuman di bawah RM10 sahaja.


#18 Gigi Coffee
Bersemperna merdeka, Gigi Coffee menyediakan baucar RM3 setiap hari untuk anda nikmati minuman pada harga yang lebih rendah melalui aplikasi kami.
Baucar yang ditebus boleh digunakan sepanjang minggu hingga Hari Merdeka – hingga 31 Ogos 2024. Muat turun aplikasi Gigi Coffee sekarang dan mula menebus baucar Merdeka anda!

#19 SF Coffee
Raikan Merdeka dengan 3 minuman Merdeka Brew-leh hanya RM30 sepanjang minggu Merdeka ini. Tawaran sah dari 29 Ogos hingga 31 Ogos 2024.
Dapatkan Iced Teh Tarik, Teh Tarik Frappé, Iced Cham, dan Cham Frappé dalam saiz biasa. Sah untuk makan di restoran dan bawa pulang sahaja.

#20 Auntie Anne’s
Seterusnya, anda juga boleh mencuba perisa menarik untuk hidangan Stix di Auntie Anne’s. Anda juga boleh menebus 1 pretzel percuma sekiranya anda mendaftar sebagai pengguna di aplikasi baharu Auntie Anne’s.


#21 MIXUE
Sambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan promosi beli 2 minuman dari MIXUE iaitu Kiwi Jasmine Tea dan Peach Oolong Tea, dan kemudian dapatkan 1 magnet peti sejuk percuma, selagi stok masih ada.
Sah dari 31 Ogos hingga 16 September 2024 di cawangan MIXUE yang terpilih. Kumpulkan 4 reka bentuk magnet berbentuk puzzle dan cuba Kiwi Jasmine Tea untuk peluang tambahan mendapatkan magnet.

#22 Hot And Roll Malaysia
Raikan Kemerdekaan Malaysia dengan Hot & Roll dan nikmati paratha terpilih iaitu Crunchy Peanut, Chicken & Cheese, Double Cheese & Onion hanya RM6.70 setiap satu.
Promosi sah dari 29 Ogos hingga 4 September 2024.

#23 Yole Malaysia
Jadi antara 50 pelanggan pertama yang datang ke Yolé pada 31 Ogos 2024, hanya pada jam 6 petang, untuk mendapatkan cup Yolé (M) dengan topping tanpa had pada harga RM6.70.
Untuk yang terlepas tawaran ini, Yolé cup (M) dengan topping tanpa had juga tersedia pada harga RM17.90 sehingga 10 malam.

#24 Juicy Malaysia
Jangan lupa kunjungi ke Juicy Malaysia dari 5 hingga 31 Ogos, antara 10 pagi hingga 12 tengah hari atau 3 petang hingga 5 petang dengan memakai pakaian berwarna Jalur Gemilang untuk menikmati diskaun istimewa sebanyak 31% untuk mana-mana minuman.

#25 J.CO Donuts & Coffee
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan 2 dozen (24 biji) donut pelbagai jenis hanya dengan RM39 dan minuman dengan harga RM11. Kunjungi J.CO untuk menikmati tawaran terbaik ini dan raikan Merdeka bersama yang tersayang di J.CO.

Berikut adalah beberapa tawaran dan diskaun menarik yang boleh anda tebus dan nikmati sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67.
Jika anda mengetahui tawaran menarik yang lain, jangan lupa untuk kongsikan kepada Tajria supaya lebih ramai individu boleh mendapatkannya selepas ini. Selamat mencuba!