Rakyat Malaysia Memilih Destinasi Antarabangsa Sebagai Lokasi Percutian Sewaktu Hari Malaysia, Thailand Antara Destinasi Pilihan

September 3, 2024
destinasi

Lina Rosli

Baru-baru ini, Agoda mendedahkan peningkatan carian perjalanan antarabangsa oleh rakyat Malaysia untuk cuti panjang bersempena Hari Malaysia pada tahun ini.

Berdasarkan data yang dikongsikan, Thailand muncul sebagai destinasi yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Antara tiga bandar di Thailand yang menduduki kedudukan teratas di dalam senarai pilihan termasuklah Hat Yai, Krabi, dan Phuket.

Hat Yai, khususnya, mencatatkan peningkatan carian tertinggi dengan lonjakan sebanyak 516%. Destinasi lain yang turut menarik perhatian ialah Hong Kong dan Tokyo, yang juga menunjukkan peningkatan ketara dalam carian.

Menurut Andrew Smith, Naib Presiden Kanan di Agoda, cuti panjang sering menjadi pendorong utama kepada peningkatan aktiviti perjalanan. Thailand dengan pelbagai tarikannya telah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Cuaca yang cerah dan suasana yang nyaman memudahkan pengembara untuk menikmati sepenuhnya pemandangan dan pengalaman di sana.

Selain itu, rakyat Malaysia juga bukan sahaja mencari destinasi untuk berehat, tetapi juga berminat untuk meneroka pengalaman budaya dan kulinari di luar negara. Thailand, Hong Kong, dan Jepun menawarkan gabungan pemandangan yang cantik, aktiviti budaya yang unik, serta pelbagai hidangan yang pasti menggamit selera.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd