Kejap Food Memudahkan Anda Untuk Membuat Pilihan Hidangan Harian Menerusi Pelan Langganan Makanan Bulanan RM99.90

September 6, 2024
Promosi

Lina Rosli

Jika anda pengguna Lebuhraya Perseketuan, pasti anda kerap melihat papan tanda berwarna merah dengan tipografik huruf ‘K’ di stesen minyak Petron di Persiaran Akuatik. Ataupun, mungkin anda pernah terserempak dengan papan tanda ini di beberapa lokasi lain.

Kejap Food, sebuah restoran makanan segera tempatan yang menawarkan variasi pilihan makanan panas seperti ayam goreng, nasi lemak, burger, keropok lekor dan banyak lagi. Memfokuskan kepada penawaran makanan berkonsepkan ‘on the go‘, kini restoran ini telahpun berkembang ke beberapa lokasi lain di sekitar Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini, Kejap Food telah hadir dengan satu penawaran unik yang mana mereka memperkenalkan pelan langganan makanan atau meal subscription plan yang direka khas untuk memenuhi keperluan harian anda – ditawarkan pada harga RM99.90 sebulan.

Menerusi pelan ini, pelanggan boleh memilih hidangan lengkap dari makanan hingga ke air yang diinginkan.

Menerusi perkongsian Kejap Food, pelan ini hadir dengan beberapa pilihan makanan yang boleh dinikmati pelanggan seperti hidangan Classic yang menawarkan Nasi Lemak, Mee Siam, Big Breakfast dan lai-lain, ataupun pelanggan juga boleh memilih hidangan Roti Series yang hadir dengan pelbagai pilihan roti seperti roti bakar, roti telur dan roti sambal.

Untuk setiap pelanggan yang melanggan pelan ini, anda boleh melakukan penebusan sekali sehari dan tempoh langgan akan bermula pada hari pendaftaran – berakhir 30 hari selepas daftar.

Apa yang lebih menarik, sekiranya anda telah melanggan pelan ini, anda turut boleh menikmati diskaun-diskaun lain seperti potongan 10% untuk pelan langganan yang seterusnya apabila anda membawa bekas makanan sendiri ataupun diskaun 10% juga untuk pelanggan yang telah mengumpul 10 setem pada kad langganan sebelum ini.

Inisiatif ini memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk menikmati makanan yang lazat dan seimbang setiap hari, tanpa perlu risau tentang penyediaan atau pemilihan menu.

Selain itu, Kejap Food juga memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk menukar atau menyesuaikan menu mereka mengikut kehendak dan selera masing-masing. Menarik bukan?

Untuk mula melanggan, anda boleh kunjungi ke mana-mana rangkaian Kejap Food, dan daftar pelan langganan ini hari ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd