Skechers Perkenal Koleksi Terbaru The UNO, Menampilkan Teknologi Keselesaan Terkini
Lina Rosli
Skechers, jenama kasut gaya hidup masa kini dilihat telah melakukan penambahan terbaru di dalam koleksi Skechers The UNO – khus untuk penggemar kasut wanita dan lelaki.
Koleksi ini merangkumi dua barisan unik iaitu Skechers Street Tres-Air Uno yang direka untuk keselesaan seharian dengan teknologi Skechers Hands Free Slip-Ins yang memudahkan pemakaian, serta Skechers Street Uno Chaos yang tampil dengan siluet fesyen terkini dan tapak tengah Skech-Air yang telus untuk keselesaan dan sokongan yang lebih responsif.

Kedua-dua pilihan kasut ini tersedia untuk wanita dan lelaki yang mana Skechers Street Tres-Air Uno boleh mula didapati pada 6 September, manakala Skechers Street Uno Chaos pula tersedia mulai 23 September 2024.

Koleksi Skechers The UNO ini boleh didapati pada harga bermula dari RM459 sepasang dan kini tersedia secara atas talian di www.skechers.com.my, Shopee dan Lazada.
Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke cawangan Skechers terpilih seperti di 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX dan banyak lagi – untuk mula mendapatkannya.