Suu Balm Memperkenalkan Semburan Pelembap Yang Sesuai Untuk Individu Dengan Kulit Sensitif
Lina Rosli
Bagi anda yang sedang mencari pelembap baharu – untuk rutin penjagaan kulit anda, Suu Balm kini hadir dengan produk terbaru yang dikenali sebagai Suu Balm Cooling Mosturising Spray.
Semburan pelembap dari Suu Balm ini membantu individu dengan kulit sensitif seperti kering dan juga gatal untuk melegakan masalah kerengsaan.

Dirumuskan menggunakan bahan yang semula jadi, Suu Balm Cooling Mosturising Spray ini tidak mengandungi sebarang bahan-bahan yang berbahaya kepada kulit termasuk parabens, pewangi dan juga pengawet yang boleh menyebabkan alahan kepada kulit. Malah, produk ini turut disesuaikan dengan keperluan individu yang mana ia menawarkan paras pH yang optimum – menjadikan produk ini sesuai untuk penggunaan harian.

Bagi rutin penjagaan badan Suu Balm yang lengkap, mulakan dengan Cream Body Wash diikuti Rapid Itch Relief Moisturiser, dan kemudian gunakan Cooling Moisturising Spray ini untuk kesegaran segera atau kelegaan tambahan sepanjang hari.
Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya di Big Pharmacy, Caring Pharmacy dan Guardian Malaysia pada harga RM76.90. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web Suu Balm Malaysia atau Instagram rasmi di @suubalm_my.