Kerjasama ZUS Coffee Dan HYGR Menampilkan Palet Solekan CHAM-TIK – Inspirasi Dari Siri Minuman CHAM Latte
Lina Rosli
ZUS Coffee dan jenama gaya hidup tempatan HYGR telah bergabung tenaga untuk memperkenalkan koleksi solekan baharu yang dinamakan CHAM-TIK, sebuah palet solekan 3-dalam-1 yang diilhamkan daripada siri minuman popular ZUS Coffee, CHAM Latte.
Kolaborasi unik ini menyatukan kecintaan terhadap minuman ikonik tempatan CHAM dengan kecantikan. Palet solekan ini menampilkan 3 pilihan palet iaitu White Peach Oolong Cham, Dark Oolong Cham dna juga Jasmine Cham.

Kesemua palet ini hadir dengan penawaran warna yang menarik yang memfokuskan warna-warna semula jadi yang lembut dan elegan.
Palet CHAM-TIK ini menampilkan warna-warna serba boleh yang sesuai untuk pelbagai gaya solekan, daripada harian yang santai sehingga ke penampilan malam yang lebih dramatik.


Dengan pengenalan palet solekan ini, kedua-dua jenama bukan sahaja meraikan kreativiti, tetapi juga memperkukuhkan kehadiran mereka dalam industri masing-masing, menyatukan komuniti peminat ZUS Coffee dan penggemar kecantikan dalam satu kolaborasi yang unik.
Bagi yang berminat, CHAM-TIK ditawarkan pada harga RM45.00 sebekas dan boleh didapati secara atas-talian melalui platform HYGR.