Tealive Menggabungkan Rasa Boba Dengan Kelapa – Pesan Signature Bang Bang Coconut with Brown Sugar Warm Pearl Hari Ini

September 20, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Jika anda penggemar siri minuman Bang Bang dari Tealive, bersedialah untuk menikmati sesuatu yang lebih unik dan menyegarkan kerana Tealive kini hadir dengan pilihan minuman baharu iaitu Signature Bang Bang Coconut with Brown Sugar Warm Pearl.

Mengetengahkan kesegaran kelapa dan juga kelembutan boba, Signature Bang Bang Coconut with Brown Sugar Warm Pearl membawa pengalaman rasa baharu yang menyelerakan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba dua lagi kombinasi berasaskan kelapa yang turut mencuri tumpuan iaitu Coconut Smoothie with Black Diamond dan juga Coconut Velvet Latte. Masing-masing menawarkan gabungan rasa lembut dan berkrim, sesuai untuk penggemar kelapa yang menginginkan rasa manis yang minimal dalam setiap hirupan.

Minuman terbaru ini bukan sahaja menggiurkan, tetapi juga memberikan variasi rasa dan tekstur yang seimbang – dari kenyalnya boba hingga ke kelembutan susu kelapa. Jadi, jika anda ingin mencuba sesuatu yang berbeza, siri minuman kelapa ini patut berada di dalam senarai minuman wajib cuba anda.

Berikut adalah harga jualan minuman baharu dari Tealive:

  • Signature Bang Bang Coconut with Brown Sugar Warm Pearl – RM9.30
  • Coconut Smoothie with Black Diamond – RM12.20
  • Coconut Velvet Latte – RM11.20

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd