Santeco, Jenama Bekas Minuman Dari Perancis Buka Kiosk Pertamanya Di Pavilion Bukit Jalil
Lina Rosli
Santeco, sebuah jenama bekas minuman yang berasal dari Perancis akan merasmikan kiosk pertamanya di Pavilion Bukit Jalil pada 21 September 2024.
Bagi yang mungkin tidak begitu mengenali Santeco, nama Santeco ini menggabungkan elemen “SANTE” yang bermaksud kesihatan, dan “ECO” yang melambangkan fokus mesra alam.
Dengan kejayaan yang dicapai di Amerika Syarikat dan Jepun, pelancaran di Malaysia menandakan perkembangan yang signifikan dalam usaha Santeco untuk memenuhi permintaan terhadap produk berkualiti tinggi yang mampan.

Reka bentuk setiap botol dan tumbler Santeco menggabungkan keanggunan dan fungsi, menjadikannya pilihan ideal bagi pengguna yang menghargai estetika serta kelestarian.
Santeco menawarkan pelbagai produk termasuk botol vakum keluli tahan karat premium dan botol Tritan bebas BPA. Reka bentuk yang inovatif memastikan minuman anda kekal pada suhu yang diinginkan sambil menjamin keselamatan pengguna. Bukan itu sahaja, Santeco juga menjamin penggunaan bahan berkualiti tinggi yang memenuhi standard keselamatan.
Rangkaian produk Santeco sesuai untuk pelbagai demografi, dari pelajar hingga profesional. Dengan ciri-ciri seperti penutup kalis bocor dan saiz yang pelbagai, produk ini memudahkan penggunanya untuk menjaga hidrasi dalam gaya hidup yang sibuk.

Bagi yang berminat, anda boleh berkunjung ke kiosk Santeco di Pavilion Bukit Jalil dan merasai sendiri keunikan serta kualiti produk mereka. Acara pelancaran ini juga akan menyertakan demonstrasi interaktif untuk mempamerkan manfaat dan daya tahan botol Santeco.