Cadangan Tempat Menarik Di Pavilion Kuala Lumpur Dan Intermark Mall – Edisi September 2024
Lina Rosli
Jika anda merancang untuk berkunjung ke Pavilion Kuala Lumpur dan Intermark Mall, hari ini Tajria ingin berkongsi kepada anda panduan lengkap untuk anda – menerokai tempat makan dan tempat persinggahan menarik yang boleh anda kunjungi sama ada bersama rakan-rakan ataupun bersama keluarga.
Untuk pengetahuan anda, kedua-dua destinasi ini mengambil masa hanya sepuluh minit perjalanan untuk anda bergerak dari satu sama lain – selain turut menawarkan pelbagai pilihan untuk menjamu selera, membeli-belah dan berehat.
Berikut adalah itinerari seharian yang kami sediakan untuk memastikan pengalaman anda di Pavilion KL dan Intermark Mall berjalan lancar dari sarapan hingga ke makan malam.
#1 Mulakan Hari Dengan Sarapan Dan Secawan Kopi
Mulakan pagi anda dengan sarapan yang lazat untuk memberi tenaga sepanjang hari. Di Lam Heung Ling, nikmati variasi teh lemon seperti Aromatic Coconut Black Lemon Tea, sempurna untuk cuaca panas di Malaysia.

Untuk citarasa tempatan, RasaTea House menawarkan hidangan sarapan yang disempurnakan dengan gabungan rasa masakan peranakan seperti Big Breakfast with Nyonya Assam Prawn.
Jika anda lebih memilih makanan yang sihat, anda boleh menikmati hidangan di Right Side – contohnya hidangan nasi lemak rendang berasaskan tumbuhan. Pilihan yang lebih ringan pula ada di Leaf’s Mark, yang menyajikan smoothie bowls, buah-buahan segar dan kekacang.


Lokasi:
- Lam Heung Ling, Pavilion Elite, Aras 1, Pavilion KL
- RasaTea House, Pavilion Elite, Aras 8, Pavilion KL
- Right Side, Gourmet Emporium, Aras 1, Pavilion KL
- Leaf’s Mark, Aras Tanah (G), Intermark Mall
#2 Kemaskini Item Fesyen Anda
Selepas sarapan, masa untuk membeli-belah! Di Pavilion KL dan Intermark Mall, anda akan menemui pelbagai pilihan dari pakaian sukan di Sun & Sand Sports hingga alat solek terkini di Laura Mercier.
Jika anda meminati jam tangan vintaj, anda boleh singgah di Wing Sing Station di Intermark untuk menerokai koleksi jam antik. Jika anda lebih meminati jam tangan moden pula, RADO menawarkan pelbagai koleksi jam kontemporari.


Bagi yang ingin bersedia untuk perjalanan seterusnya, Timothy London menyediakan pilihan bagasi yang sesuai.
Lokasi:
- Miniso, Aras 6, Pavilion KL
- Sun & Sand Sports, Aras 5, Pavilion KL
- Laura Mercier, Aras 2, Pavilion KL
- Wing Sing Station, Aras Concourse, Intermark Mall
- RADO, Aras 2, Pavilion KL
- Timothy London, Aras 1, Intermark Mall
#3 Serlahkan Dan Kembangkan Kreativiti Anda
Luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan dengan menerokai kreativiti menerusi aktiviti menarik.
Di Tsutaya Bookstore, anda boleh memilih buku atau alat tulis kegemaran, sambil menikmati minuman di kafe dalam kedai.

Jika anda merancang untuk menghias rumah, HM Handicrafts menawarkan perabot berkualiti dari karpet Parsi hingga kabinet Rosewood. Jangan lupa, dapatkan planner yang boleh disesuaikan sepenuhnya di ana-tomy.

Lokasi:
- Tsutaya Bookstore, Aras 1, Intermark Mall
- HM Handicrafts, Aras 2, Intermark Mall
- ana-tomy, Aras 5, Pavilion KL
#4 Masa Untuk Kudapan Yang Menyelerakan
Setelah puas membeli-belah, tiada yang lebih baik selain menikmati kudapan ringan. Di Rollti, anda boleh mencuba roti canai versi mini yang mudah dibawa ke mana sahaja.


Untuk pencuci mulut yang lebih manis, Bubu Kōbō menawarkan pemanis mulut dalam pelbagai perisa seperti coklat, matcha dan strawberi. Peminat teh juga boleh mencuba pelbagai pilihan teh di Teazzi – dari teh susu hingga teh buah.
Lokasi:
- Rollti, Pavilion Elite, Aras 1, Pavilion KL
- Bubu Kōbō, Tokyo Street, Aras 6, Pavilion KL
- Teazzi, Aras 1, Intermark Mall
#6 Tamatkan Hari dengan Makan Malam Dan Menonton Wayang
Akhir sekali, lengkapkan hari anda dengan kombinasi klasik iaitu makan malam dan menonton filem. Mula-mula anda kunjungi ke FUIYOH! It’s Uncle Roger untuk mendapatkan makan malam anda – anda boleh mencuba nasi goreng versi Uncle Roger yang terkenal.

Jika anda peminat mi, Ramen Seirock-ya menyajikan ramen Jepun asli – yang hadir dengan variasi pilihan kuah dan rasa. Kemudian, habiskan malam anda di Dadi Cinema, tempat terbaik untuk peminat filem sambil menikmati pengalaman makan hotpot – yang dijangka akan ditawarkan terus di pawagam ini dalam masa terdekat.

Lokasi:
- FUIYOH! It’s Uncle Roger, Pavilion Elite, Aras 7, Pavilion KL
- Ramen Seirock-ya, Aras 2, Intermark Mall
- Dadi Cinema, Aras 5 & 6, Pavilion KL
Menarik bukan? Bagi anda yang bercadang untuk mencuba itenari ini, jangan lupa untuk kongsikan bersama kami di media sosial Tajria, terutamanya di @mytajria di X, Facebook, Tiktok dan juga Instagram. Kami juga boleh diikuti di platform media sosial terbaru iaitu Daun – hub komuniti dan perkongsian idea (pautan).