1 Daripada 3 Kanak-Kanak Di Malaysia Berisiko Menghidap Anemia – Danone Dan KPWKM Komited Dalam Menangani Isu Ini
Lina Rosli
Danone, sebuah syarikat makanan dan minuman terkemuka dunia, baru-baru ini mengumumkan kerjasama strategiknya dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk membanteras masalah Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA) dalam kalangan kanak-kanak Malaysia.
Inisiatif ini dibangunkan berikutan laporan Kajian Kuat Zat Besi yang mendedahkan bahawa 1 daripada 3 kanak-kanak di Malaysia berisiko menghidap anemia.
Melalui kempen Dugro Generasi Kuat Zat Besi, Danone dan kerajaan hadir dengan kolaborasi menerusi aktiviti saringan percuma dan kempen kesedaran mengenai kekurangan zat besi yang boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak.

Menurut kerajaan juga, kerjasama ini merupakan langkah penting ke hadapan dalam memastikan kesejahteraan kesihatan kanak-kanak Malaysia terjamin. Dengan penglibatan aktif Danone, ia sedikit sebanyak dapat memperkukuhkan kesedaran dan langkah pencegahan terhadap Anemia Kekurangan Zat Besi sering dipandang remeh oleh ibu bapa.
Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin, Pakar Perunding Kanan Endokrinologi Pediatrik di Universiti Malaya, menegaskan kepentingan pengesanan awal anemia. Menurut beliau, anemia pada kanak-kanak sering tidak menunjukkan simptom yang jelas dan boleh memberi kesan serius terhadap pertumbuhan dan perkembangan otak mereka. Oleh itu, saringan awal amat diperlukan untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lebih serius.

Konsensus pakar turut mencadangkan agar saringan tahunan dijalankan bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 5 tahun. Pengambilan makanan kaya zat besi, termasuk susu dan makanan yang diperkaya, serta vitamin C dan prebiotik, turut disarankan untuk membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
Pendekatan Inovatif Untuk Kesihatan Kanak-Kanak
Menariknya, Danone Malaysia memperkenalkan pendekatan yang lebih inovatif dan mudah diakses oleh ibu bapa dengan saringan anemia tidak invasif, sekaligus mengurangkan rasa takut untuk menjalani ujian kesihatan.
Selain itu, Danone juga membangunkan Soal Selidik Saringan Kuat Zat Besi secara dalam talian yang memudahkan ibu bapa menilai keperluan zat besi anak-anak mereka.

Koh Kok Meng, Pengurus Negara Danone Malaysia dan Singapura, menekankan komitmen syarikat untuk meningkatkan kesedaran dan menyediakan penyelesaian pemakanan yang inovatif. Produk seperti Dugro dengan Iron Active, yang diperkaya dengan zat besi dan vitamin C, membantu meningkatkan penyerapan zat besi sebanyak 3 kali ganda, menjadi antara langkah utama dalam usaha ini.
Melalui usaha holistik ini, Danone berharap untuk memperkukuh agenda saringan anemia di peringkat kebangsaan, sekaligus membina generasi kanak-kanak yang lebih sihat dan bertenaga.