FamilyMart Memperkenalkan Menu Ayam Goreng Di Tiga Lokasi Terpilih – Dikenali Sebagai Chiki Goreng

October 1, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Baru-baru ini, FamilyMart telah memperluaskan penawaran mereka menerusi pengenalan menu baharu yang pastinya membuatkan anda terliur iaitu – Chiki Goreng.

Chiki Goreng ini adalah menu ayam goreng eksklusif FamilyMart yang mana ia menggabungkan rasa yang rangup di luar dan lembut di dalam – yang pasti sesuai dengan selera pencinta ayam goreng di Malaysia.

Sama seperti kebanyakan jenama lain yang turut menawarkan ayam goreng, Chiki Goreng ini ditawarkan dua pilihan rasa iaitu rasa Original dan juga Spicy.

Apa yang menarik juga, FamilyMart turut menawarkan promosi istimewa untuk para pelanggan yang melakukan pembelian dua ketul atau lebih ayam goreng – anda boleh mendapatkan pek pembungkusan baru yang eksklusif.

Bagi yang berminat, nikmati hidangan baharu iaitu Chiki Goreng yang ditawarkan FamilyMart bermula hari ini. Harga yang ditawarkan adalah:

  • RM7.90 untuk satu ketul ayam goreng
  • RM14.90 untuk dua ketul ayam goreng

Untuk mendapatkannya, Chiki Goreng hanya ditawarkan di tiga lokasi terpilih di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu FamilyMart Ecohill Taipan, FamilyMart Shah Alam Seksyen 18 dan FamilyMart Nadi Putrajaya.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd