Tips Pencahayaan Untuk Melindungi Mata Anak Anda
Lina Rosli
Berada di dalam dunia di mana anak-anak banyak menghabiskan masa untuk kerja sekolah dan aktiviti di depan skrin, mencipta persekitaran yang mesra mata adalah sangat penting.
Di dalam era yang serba moden ini, penjagaan mata anak-anak adalah aspek yang sering diabaikan oleh kebanyakan ibu bapa. Ini kerana mungkin ramai ibu bapa mungkin tidak menyedari betapa pentingnya penjagaan mata dalam perkembangan anak-anak.
Kurangnya pengetahuan tentang risiko masalah penglihatan dan bagaimana ia boleh mempengaruhi prestasi akademik serta kualiti hidup anak-anak. Oleh itu, mewujudkan ruang meja belajar yang selesa dan mesra mata adalah penting untuk kesejahteraan anak-anak, terutamanya dengan peningkatan masa yang dihabiskan untuk kerja sekolah, membaca, dan aktiviti berasaskan skrin.

Malah, dengan adanya pencahayaan yang betul, reka bentuk ergonomik dan tabiat yang bijak memainkan peranan penting dalam mencegah ketegangan mata, meningkatkan fokus dan membina persekitaran yang produktif.
Signify, sebuah jenama yang memperjuangkan kepentingan pencahayaan dalam kesihatan keluarga, menawarkan pelbagai penyelesaian pencahayaan inovatif yang direka dengan ciri EyeComfort. Ini memastikan keselesaan dan kreativiti anak-anak tanpa mengorbankan kesihatan mata mereka.
Tips Memilih Pencahayaan yang Tepat untuk Ruang Meja
Apabila memilih pencahayaan untuk meja belajar, utamakan pencahayaan yang boleh disesuaikan untuk meminimumkan silau dan bayang-bayang. Pilih sumber cahaya LED yang cekap tenaga dan memenuhi kriteria EyeComfort, seperti tanpa kedipan dan silau yang minimum, untuk mencegah ketegangan mata.
Pilih suhu warna yang sesuai dengan aktiviti di sesuatu ruang – putih sejuk (4000K-5000K) untuk fokus dan putih hangat (2700K-3000K) untuk keselesaan.
Selain itu, praktikkan penggunaan cahaya semula jadi dengan meletakkan meja di kedudukan yang sesuai agar mengelakkan silau skrin – kerana silau skrin boleh menyebabkan ketegangan dan keletihan mata.
Pencahayaan Semula Jadi VS Pencahayaan Buatan
Untuk mencipta ruang meja yang optimum untuk anak-anak, letakkan meja dekat dengan tingkap untuk memanfaatkan cahaya semula jadi. Gunakan langsir nipis untuk menyebarkan cahaya dan mengurangkan silau.
Lengkapkan ini dengan pencahayaan tugas yang boleh disesuaikan yang menggunakan pencahayaan LED EyeComfort, idealnya dalam warna putih sejuk untuk aktiviti fokus. Kemudian, lapisi pencahayaan dengan sumber ambien untuk mengekalkan persekitaran yang konsisten dan terang sepanjang hari.
Anda juga boleh menggunakan lampu yang boleh dimalapkan atau mudah alih untuk disesuaikan apabila cahaya semula jadi memudar.

Pertimbangkan Tahap Kecerahan Dan Suhu Warna Cahaya Yang Optimum
Pencahayaan yang tepat boleh memberi kesan yang besar terhadap kreativiti dan produktiviti anak. Untuk anak-anak, cahaya dengan kecerahan yang seimbang – tidak terlalu malap atau terlalu terang boleh membantu mengekalkan tumpuan dan mencegah ketegangan mata.
Di samping itu, memilih pencahayaan dengan Indeks Penjanaan Warna (CRI) yang tinggi, idealnya CRI 90, dapat menonjolkan warna sebenar dan cerah daripada perabot di ruang belajar anak anda sekaligus meningkatkan suasana keseluruhan dan merangsang kreativiti.
Secara umumnya, kesemua rumah perlu anda susuna pencahayaan yang bijak – sama ada dengan mengurangkan silau, mengoptimumkan kecerahan atau menyeimbangkan cahaya semula jadi dan buatan.

Sekiranya semuanya telah dipraktikkan, anda akan boleh melihat perbezaan yang signifikan dalam mengurangkan ketegangan mata dan mewujudkan suasana yang produktif dan kreatif.
Untuk maklumat lanjut mengenai ciri EyeComfort Philips, anda boleh kunjungi ke laman rasmi Philips EyeComfort.
Artikel ini disumbangkan oleh Signify.