Mr. DIY & Mr. Dollar Kini Menyediakan Ruang Khas Untuk Jenama Tempatan Seperti Dododots, Zoe Arissa, Kamelia Cosmetics Dan Banyak Lagi
Lina Rosli
Mr. DIY dan Mr. Dollar kini menambah satu lagi inisiatif menarik dengan menyediakan ruang khas untuk barangan jenama tempatan melalui kempen Bersama Satu Beli Lokal.
Untuk inisiatif ini, Mr. DIY dan Mr. Dollar telah bekerjasama dengan jenama-jenama tempatan seperti Lilin+Co, Zoe Arissa, Kamelia Cosmetics, HIAS, Bath Garden, Claire dan banyak lagi.


Langkah ini bukan sahaja menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna, tetapi juga memberi sokongan kepada para usahawan tempatan.
Bagi anda yang ingin mendapatkan wangian rumah yang tenang dan menyegarkan, anda mungkin boleh mendapatkan produk seperti lilin aromaterapi Lilin+Co, ataupun anda juga boleh memilih koleksi hijab terbaru dari Zoe Arissa serta produk kecantikan dari Kamelia Cosmetics terus di kedai fizikal tanpa perlu menunggu lama.
Usaha ini memudahkan akses kepada barangan tempatan, sambil memberi pendedahan kepada jenama-jenama baru yang masih kurang dikenali.


Setiap pembelian produk tempatan ini juga secara tidak langsung membantu menyokong ekonomi tempatan dan mengangkat produk buatan Malaysia.
Dengan lokasi Mr. DIY dan Mr. Dollar yang mudah diakses di seluruh negara, lebih ramai pengguna dapat menikmati kualiti barangan tempatan sambil memberi impak positif kepada komuniti perniagaan kita.