Volvo Car Malaysia Menawarkan Kenderaan Terpakai Pada Harga Bermula RM165,000 – Menerusi Volvo SELEKT

October 8, 2024
Automotif

Lina Rosli

Adakah anda sedang mencari kenderaan yang sesuai untuk perjalanan harian atau bercadang untuk menaik taraf kereta-kereta syarikat anda?

Pada 19-20 Oktober 2024 ini, Volvo Car Malaysia bakal menganjurkan acara Volvo Executive Car Sales, di mana anda akan menemui kenderaan terpakai Volvo yang telah menjalani pemeriksaan menyeluruh dan ditawarkan pada harga menarik, bermula daripada hanya RM165,000.

Acara itu akan berlangsung di Symphony Square, Petaling Jaya – yang mana ia akan mempamerkan lebih daripada 50 kereta Volvo SELEKT dari armada korporat Volvo Car Malaysia, termasuk yang digunakan secara eksklusif oleh pihak pengurusan syarikat Volvo.

Menurut Volvo, semua kereta yang dijual tidak melebihi 15,000km jarak perjalanan – dengan jumlah kilometer yang paling rendah hanya mencatatkan 1,200km. Apa yang menarik juga, Volvo menawarkan kenderaan dengan jaminan tanpa had jarak perjalanan selain turut memberikan servis Volvo Service Inclusive untuk model elektrik sepenuhnya, perkhidmatan digital, bantuan tepi jalan 24 jam, serta jaminan bateri voltan tinggi.

Volvo SELEKT adalah program rasmi kenderaan terpakai berkualiti dari Volvo yang menjanjikan pengalaman premium untuk pelanggan. Bukan itu sahaja, apabila sesebuah kereta layak di bawah Volvo SELEKT, kereta berkenaan akan menjalani pemeriksaan 125 mata dan perisiannya akan dipertingkatkan kepada teknologi terkini.

Sebarang penggantian akan menggunakan alat ganti tulen Volvo untuk memastikan ianya sedia untuk berada di atas jalan dan memberikan prestasi yang optimum. Yang paling penting, semua perkhidmatan dan kemas kini akan dilakukan oleh juruteknik Volvo yang sah dan terlatih.

Model elektrik sepenuhnya yang dipamerkan di acara Volvo Executive Car Sales ini termasuk Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric yang menawarkan jarak elektrik sehingga 550km*. Kedua-duanya menawarkan 330Nm tork untuk pecutan yang pantas, mencapai kelajuan 100km/h dalam masa kurang lima saat.

Rear-wheel drive, more range and faster charging for fully electric Volvo C40 and XC40 models

Bagi peminat wagon, model yang boleh anda terokai adalah Volvo V60 Recharge. Untuk model ini, ia mampu bergerak sehingga 90km* dengan kuasa elektrik sepenuhnya dan mempunyai ruang simpanan belakang sebanyak 519 liter, yang boleh diperluaskan kepada 1,431 liter dengan kerusi belakang dilipat. Dalam mod hibrid, ia hanya menggunakan 1.4 liter petrol setiap 100km, tetapi masih menawarkan 462 hp kuasa untuk penggemar prestasi.

Untuk mendapatkan temujanji, layari https://bit.ly/VolvoMY-ExecutiveSales untuk mendaftar. Maklumat lengkap acara adalah:

  • Tarikh : 19 & 20 Oktober 2024
  • Masa : 10 pagi hingga 6 petang
  • Tempat : Level 3A, Symphony Square – Menara Symphony, Petaling Jaya, Selangor

Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo EX30, layari www.volvocars.com/my  atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG. 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd