Planta Kini Hadir Dengan Formula Baharu – Diperkaya Dengan Omega 3 Dan 6 Serta 10 Vitamin Penting
Lina Rosli
Blueband yang merupakan syarikat pengeluar marjerin popular, Planta, kini memperkenalkan formulasi baharu kepada umum.
Selama bertahun-tahun, Planta telah menjadi kegemaran di kalangan rakyat Malaysia, dan kini ia diperkaya dengan Omega 3 dan 6 serta 10 vitamin penting. Ini memastikan anak-anak mendapatkan nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat dan aktif.
Menurut Blueband, formulasi baharu Planta ini dijangka akan menawarkan lebih nutrisi kepada anak-anak dan juga para individu – lebih-lebih lagi sekiranya diambil pada waktu pagi.

Keperluan Pengambilan Sarapan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Dan Individu
Secara umumnya, kajian mendapati bahawa 32% kanak-kanak Malaysia berumur 6 hingga 12 tahun mengabaikan sarapan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Selain itu, pengambilan Omega-3 dan Omega-6 di kalangan rakyat Malaysia adalah rendah, jauh dari tahap yang optimum.
Oleh itu, sarapan yang berkhasiat adalah penting untuk kanak-kanak, kerana ia meningkatkan kecerdasan dan motivasi untuk belajar, serta memperbaiki prestasi akademik dan kesihatan keseluruhan.
Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, sarapan yang sihat dapat meningkatkan ingatan dan tumpuan, mengurangkan kecacatan kognitif. Pengambilan makanan berkhasiat yang konsisten juga dikaitkan dengan kadar obesiti yang lebih rendah dan tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi, yang mendorong gaya hidup yang lebih sihat.

Oleh itu, selari dengan pengenalan Planta baharu ini, Blueband turut menunjukkan komitmennya dalam menggalakkan pemakanan yang sihat menerusi Program Sarapan Pagi Baik. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan inisiatif yang disokong oleh Kementerian Pendidikan di Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Program ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak di sekolah mengenai kepentingan amalan pemakanan sarapan yang sihat.
Dengan melatih lebih daripada 150 guru dari 92 sekolah di seluruh negara, program ini dijangka memberi impak positif kepada lebih 100,000 kanak-kanak tahun ini – sekaligus memastikan mereka mendapat pendidikan nutrisi yang diperlukan untuk menggalakkan tabiat sarapan yang lebih sihat.