HABIB Memperkenalkan Koleksi Oro Italia 916 Yang Unik Melalui Acara Oro Italia 916 Fest

October 15, 2024
Fesyen

Lina Rosli

HABIB baru-baru ini mengadakan Oro Italia 916 Fest yang berlangsung sejak 3 Oktober lepas sehingga 3 November 2024. Acara ini meraikan keindahan koleksi emas 916 yang menggabungkan kehalusan seni ketukangan Itali dan tradisi emas Malaysia.

Koleksi eksklusif ini direka khas untuk HABIB di Itali, menampilkan kilauan seakan berlian, rekaan kontemporari dan ketukangan tiada tandingan, sesuai dengan penghargaan mendalam masyarakat Malaysia terhadap emas 916.

Oro Italia 916 Fest: Mencipta Kecantikan Tanpa Batas

Menurut HABIB, menerusi Oro Italia 916 Fest, ia dijangka akan menghidupkan semula pesona koleksi emas yang dicintai ramai. Koleksi ini adalah hasil usaha penyelidikan dan kerjasama selama bertahun, mencipta emas 916 buatan Itali pertama di dunia.

Dengan fokus pada keindahan dan daya tarikan yang abadi, koleksi ini menawarkan pelbagai pilihan barang kemas yang memikat hati, dari rekaan yang rumit hingga klasik.

Koleksi ini juga memperlihatkan dedikasi HABIB dalam menggabungkan teknologi moden dengan seni ketukangan tradisional. Setiap rekaan dihasilkan dengan teliti, memastikan keselesaan pemakai tanpa menjejaskan kualiti.

Teknologi Dan Seni Ketukangan Itali Yang Mengagumkan

Salah satu tarikan utama koleksi ini adalah kilauan yang menyerupai potongan berlian, hasil daripada teknik khas yang hanya boleh ditemui dalam ketukangan Itali. Teknik ini menghasilkan kesan kilauan luar biasa pada setiap manik emas, mencipta ilusi permukaan berlian yang elegan.

Selain itu, barangan kemas dalam koleksi ini adalah lebih ringan, membuatkannya selesa untuk dipakai dalam apa jua acara.

Koleksi Oro Italia 916 juga mengikuti trend penggayaan terkini dengan reka bentuk yang versatil, termasuk pilihan kombinasi dua atau tiga warna. Ini memberikan pemakai kebebasan untuk menggabungkan barang kemas dengan gaya peribadi mereka, sama ada untuk acara formal atau kasual.

Oro Italia 916 Masterclass Di HABIB Alamanda Putrajaya

Sempena Oro Italia 916 Fest, HABIB juga menganjurkan masterclass khas bertajuk “Oro Italia 916: Beauty Unveiled” di bilik pameran terkini mereka di Alamanda Putrajaya. Dalam masterclass ini, tetamu berpeluang untuk memahami lebih mendalam tentang proses pembuatan barang kemas Oro Italia 916 dan mendapat tips penggayaan emas daripada pakar.

Selain itu, tetamu juga dapat melihat pameran barang kemas HABIB yang terkini, seperti koleksi Clara yang inovatif dan gelang berbilang lapisan Strato.

Melalui Oro Italia 916 Fest, HABIB bukan sahaja mempersembahkan koleksi barang kemas yang unik, tetapi juga menyediakan peluang kepada peminat emas untuk menyelami kehalusan seni ketukangan Itali yang telah lama dikenali. HABIB juga menunjukkan komitmen mereka dalam memberikan pengalaman yang berbeza dan berkualiti kepada para pelanggan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd