ZUS Coffee Memperkenalkan Minuman Eksklusif Baharu Menggunakan Biji Kopi Single Origin Guatemala – Iced Shaken Double SOE dan Iced Shaken Berry Americano

October 17, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Pada awal Jun lalu, ZUS Coffee telah hadir dengan biji kopi Single Origin (SOE) terbarunya iaitu Guatemala El Regalito dari Huehuetenango, Guatemala.

Kacang kopi ini ditanam secara lestari dan mempunyai skor Specialty Coffee Association (SCA) sebanyak 85.25, menjanjikan pengalaman rasa yang unik dan berbeza.

Bagi anda yang belum pernah menikmatinya lagi, SOE ini menampilkan nota rasa epal hijau, roti bakar dan gula perang. Dan sekiranya anda lebih gemar mencampurkan kopi dengan susu, kombinasi kacang ini menawarkan rasa coklat, malt dan badam yang lazat.

Selepas kejayaan pelancaran Guatemala El Regalito ini, ZUS Coffee hadir dengan dua minuman eksklusif baharu iaitu Iced Shaken Double SOE dan Iced Shaken Berry Americano. Kedua-dua minuman ini menampilkan kepelbagaian kacang Guatemala El Regalito.

Untuk mencubanya, Iced Shaken Double SOE dan Iced Shaken Berry Americano kini sudah tersedia untuk dinikmati secara eksklusif di 105 cawangan ZUS Coffee di seluruh negara. Jangan lepaskan peluang untuk merasai kopi premium yang menyajikan bukan sahaja rasa, tetapi juga cerita di sebaliknya.

Usah risau, bagi anda yang meminati rasa asli SOE, ZUS Coffee masi lagi menawarkan minuman klasik yang telah dilancarkan pada bulan Jun: SOE Spanish Latté, SOE CEO Latté, dan SOE Americano, yang boleh didapati dalam pilihan panas dan sejuk.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd