K Fry Urban Korean Kini Diiktiraf Halal Oleh JAKIM

October 25, 2024
halal

Lina Rosli

K Fry Urban Korean, rangkaian restoran ayam goreng Korea yang menjadi kegemaran ramai di Malaysia, kini mengumumkan satu pencapaian bersejarah – K Fry secara rasminya telah disahkan Halal.

Pencapaian ini menjadi bukti komitmen K Fry dalam memastikan makanan yang disediakan bukan sahaja berkualiti tinggi tetapi juga mematuhi piawaian halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Peminat ayam goreng K Fry kini bolrh menikmati hidangan signature seperti ayam keju bumbuk, bebola nasi dan pencuci mulut seperti bingsoo dengan keyakinan penuh bahawa setiap sajian dihasilkan mengikut piawaian halal.

MenurutK Fry Urban Korean, dengan penerimaan pensijilan halal ini, ia akan menjadi langkah penting untuk mencapai keterangkuman yang lebih baik, sambil mengekalkan cita rasa asli dan kreativiti masakan Korea moden yang menjadi identiti mereka.

Sejak mula beroperasi pada tahun 2016, K Fry telah terkenal dengan hidangan ayam gorengnya yang rangup dan berjus, disaluti pelbagai pilihan sos dan dihidangkan bersama lauk sampingan yang menjadi kegemaran ramai.

Untuk pengetahuan anda, proses mendapatkan sijil halal ini bukan sekadar menerima sijil sahaja, tetapi hakikatnya, ia melibatkan pemeriksaan rapi dari sumber bahan mentah hingga cara penyediaan makanan, memastikan setiap langkah mematuhi standard tertinggi dalam keselamatan makanan dan kepatuhan agama. Ini menjadikan K Fry pilihan yang dipercayai dan selamat untuk semua rakyat Malaysia.

Selari dengan kejayaan mendapat pensijilan halal ini, K Fry memperkenalkan kempen “Ganjaran Bulan Halal K Fry” yang berlangsung dari 24 Oktober hingga 22 November 2024. Dalam tempoh ini, K Fry akan memberikan 10,500 set Ayam Soonsal percuma, bernilai RM270,000 kepada pelanggan yang berdaftar sebagai ahli melalui aplikasi K Fry.

Dengan setiap pembelian hidangan terpilih seperti K Fry Chicken Bumbuk, K Fry K’rispy Chicks, K Fry Chicken Wings, K Fry Snow Cheese Chicken atau K Fry Soonsal Chicken, pelanggan berpeluang menikmati Ayam Soonsal (ayam tanpa tulang) secara percuma.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan perkembangan terkini K Fry Urban Korean, anda boleh melayari laman web serta Facebook atau Instagram rasmi mereka.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd