The Coffee Bean & Tea Leaf Memperkenalkan Menu Ready Brew – Kopi Sedia Minum Di Dalam Botol 700ml
Lina Rosli
The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia kini memperkenalkan produk terbaharu mereka dalam bentuk “Ready Brew,” iaitu kopi sedia minum yang dibotolkan dalam saiz 700ml, menjadikannya lebih mudah untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Menu baharu ini direka khas untuk pelanggan yang ingin mendapatkan kopi dengan kuantiti yang lebih banyak – selain boleh disimpan dan dinikmati selepas beberapa hari.


Menu Ready Brew ini merangkumi beberapa pilihan kegemaran ramai, termasuk:
- Americano: Menampilkan rasa yang kaya dengan nota kopi hitam pekat, sesuai untuk penggemar kopi yang menikmati rasa asli tanpa gula.
- Latte: Kombinasi sempurna antara espresso dan susu, memberikan rasa lembut dan seimbang untuk dinikmati pada bila-bila masa.
- Caramel Macchiato: Gabungan rasa kopi dan karamel, sesuai untuk mereka yang menginginkan sedikit rasa manis dalam setiap tegukan.
- Double Chocolate: Hadir dengan minuman coklat yang kaya dan sesuai untuk dinikmati sepanjang hari.
Setiap botol Ready Brew mengandungi 700ml yang ditawarkan pada harga bermula RM19 untuk Americano sehingga RM29 untuk Caramel Macchiato.
Buat masa ini, menu Ready Brew ditawarkan di beberapa cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf terpilih di seluruh Malaysia, serta di platform penghantaran makanan terpilih.