Minuman Dalam Tin Baharu ZUS Coffee – Expresso Mocha, Minty Mocha Dan Hazelnut Eksklusif Di FamilyMart
Lina Rosli
Sebelum ini, ZUS Coffee telahpun hadir dengan dua pilihan minuman di dalam tin iaitu Coffizz dan juga Expresso Latte – yang mana kedua-dua minuman ini mendapat sambutan yang baik oleh kebanyakan penggemarnya.
Dan kini, ZUS Coffee mula menambah tiga lagi rasa baharu untuk siri Expresso iaitu Mocha, Minty Mocha dan juga Hazelnut.

Untuk Expresso Mocha, minuman ini menggabungkan rasa antara coklat dan espresso yanv menjadikannya seimbang di antara kelazatan koko dan juga kopi. Sementara untuk Minty Mocha pula, ia hadir dengan rasa tambahan yang lebih sejuk dan menyegarkan.
Bagi anda yang menggemari rasa yang lebih berkacang, anda boleh mendapatkan Expresso Hazelnut.
Berdasarkan perkongsian ZUS Coffee, minuman dalam tin baharu ini ditawarkan secara eksklusif di FamilyMart Malaysia.