CHAGEE Memperkenalkan Pilihan Minuman Baharu – CHAGEE Gardenia Green Milk Tea Dan Gardenia Green Tea
Lina Rosli
Selepas pengenalan siri teh Ceylon yang pekat dan berani, kali ini CHAGEE hadir dengan siri teh terbaru iaitu teh hijau Gardenia.
Untuk siri ini, CHAGEE menampilkan hidangan teh yang diselitkan dengan keharuman bunga gardenia, sesuai untuk mereka yang menginginkan pengalaman teh yang unik dan menyegarkan.
Boleh dinikmati dalam dua pilihan – CHAGEE Gardenia Green Milk Tea dan CHAGEE Gardenia Green Tea, kedua-duanya hadir dengan rasa yang lembut dan elegan, menggabungkan aroma manis bunga gardenia bersama kesejukan teh hijau organik.

Dan apa yang menarik ketika pelancaran minuman baharu ini, CHAGEE turut hadir dengan aksesori eksklusif edisi terhad CHAGEE Gardenia Green Tea iaitu pin enamel Gardenia dan juga selendang Gardenia.
Anda boleh melakukan pembelian satu Gardenia Green Milk Tea (L) bersama satu CHAGEE Milk Tea (L) dan berpeluang mendapatkan satu (1) pin enamel Gardenia secara percuma dengan setiap pembelian berkas.

Atau anda juga boleh melakukan pembelian satu Gardenia Green Milk Tea (L) dan satu selendang Gardenia pada harga hanya RM35.90 sahaja. Harus diingatkan, tawaran ini sah untuk pembelian di kaunter dan melalui CHAGEE Mini Program.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba siri teh Gardenia ini, ia boleh didapati mulai 30 Oktober dan pastinya menjadi pilihan tepat untuk menemani hari anda. Sama ada anda menggemari teh dengan susu atau yang lebih klasik, CHAGEE memastikan setiap tegukan penuh kenikmatan dan menyegarkan.