K-Coffee By Tealive – Rangkaian Baharu Yang Akan Hadir Dengan Pilihan Minuman Kopi Kegemaran Umum Di Korea

November 4, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Tealive baru-baru ini dilihat telah hadir dengan rangkaian baharu untuk pilihan kopi iaitu kini memperkenalkan rangkaian baharu yang dikenali sebagai K-Coffee.

Menawarkan pilihan minuman yang terinspirasi daripada trend kopi di Korea, K-Coffee akan menyajikan tiga pilihan kopi yang menarik. Ia selari dengan rasa dan gaya kopi kegemaran yang menjadi ikon budaya kafe Korea.

Antara minuman yang ditawarkan di bawah rangkaian K-Coffee by Tealive adalah:

  • K-Americano
  • K- Sparkling Peach Americano
  • K-Spanish Latte

Untuk pilihan kopi ini, sama ada anda penggemar kopi ais atau panas, K-Coffee menawarkan kedua-dua pilihan untuk disesuaikan dengan selera anda. Ini menjadikan K-Coffee fleksibel bagi semua peminat kopi, tidak kira cuaca atau masa.

Setakat ini, penawarannya tidak lagi diperluaskan kepada umum. Namun, anda boleh menantikan pengenalan rangkaian baharu ini dalam masa terdekat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd