Beauty For A Better Life – Program Pemerkasaan Wanita Malaysia L’Oréal Dan WOMEN:girls Meraikan Tahun Ke-8
Lina Rosli
Kini memasuki tahun kelapan, Program Fondation L’Oréal’s Beauty For A Better Life (BFBL) terus komited memperkasa wanita Malaysia daripada latar belakang kurang berkemampuan. Dilancarkan dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls), program ini menyediakan latihan profesional dalam bidang kecantikan seperti dandanan rambut dan seni solekan.
Pada tahun 2024, ia menyaksikan kejayaan 53 graduan baharu – menjadikan jumlah keseluruhan graduan kepada 249 wanita sejak 2016.

Menurut WOMEN:girls, keberhasilan program ini boleh dikatakan cukup membanggakan dengan rekod kadar pekerjaan 90% dalam tempoh tiga bulan selepas tamat latihan.
Tambah L’Oréal Malaysia, program ini adalah manifestasi misi L’Oréal untuk membantu individu mencipta kehidupan yang lebih baik. Dan dengan adanya program seperti ini, ia dapat menjadi inspirasi kepada komuniti wanita dan gadis untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

Sebelum ini, salah satu graduan mereka, Nursyasya Afina binti Suhaimi, dari jurusan dandanan rambut tahun 2022, telahpun berjaya memiliki dua salun rambut di Melaka dan melancarkan akademi latihannya yang tersendiri.
Dengan ini, kita dapat lihat yang mana program ini menawarkan lebih dari sekadar latihan kemahiran – ia adalah usaha menyeluruh membina ketahanan diri dan kemahiran interpersonal, membantu wanita untuk meneruskan kerjaya cemerlang sebagai jurusolek atau pendandan rambut.