ZUS Coffee Memperkenalkan Menu 0-Calorie Sugar Untuk 34 Minuman Kegemaran Ramai
Lina Rosli
Apabila anda dengar tentang tanpa kalori, pastinya anda akan menjangkakan yang mana minuman anda akan hadir dengan rasa yang tawar dan tidak manis. Begitu, kan?
Namun, hakikatnya tidak kerana anda masih boleh menikmati kemanisan tanpa kalori bersama ZUS Coffee. Jenama kopi kegemaran ramai memperkenalkan hidangan minuman 0-Calorie Sugar dalam 34 jenis minuman terpilih – sesuai untuk yang ingin mengekalkan gaya hidup sihat tanpa perlu mengorbankan rasa.

Dengan menggunakan 0-Calorie Sugar, anda boleh terus menikmati minuman kegemaran seperti biasa tanpa rasa bersalah. Ini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin kurangkan kalori tanpa berkompromi pada rasa.
Apa Itu 0-Calorie Sugar?
0-Calorie Sugar ialah sirap gula tanpa kalori yang memberikan kemanisan sama seperti gula biasa, namun tanpa menambah kalori pada minuman anda. Namun, perlu diingat, minuman anda mungkin masih mengandungi kalori daripada bahan lain seperti susu atau krim.

Cara Mudah Memilih 0-Calorie Sugar
Untuk mula memesan hidangan 0-Calorie Sugar, anda boleh:
- Buka Aplikasi ZUS Coffee.
- Pilih minuman kegemaran yang tersedia dengan pilihan 0-Calorie Sugar.
- Pilih ‘Regular (0 Calorie Sugar)’ sebagai pilihan manisan.
- Nikmati minuman sihat anda tanpa penambahan kalori.
Menarik, bukan? Bagi anda yang berminat, anda boleh kunjungi ke cawangan ZUS Coffee dan rasai sendiri pengalaman minum tanpa rasa bersalah!