Dolly Dim Sum Kini Memperoleh Sijil Halal Dari JAKIM
Lina Rosli
Berita baik buat para peminat dim sum dari Dolly Dim Sum, restoran ini telahpun rasmi menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk cawangan terpilih mereka.
Langkah ini merupakan pencapaian besar bagi Dolly Dim Sum dalam usaha mereka memastikan pengalaman kulinari terbaik dan diyakini – terutamanya bagi pelanggan yang mengutamakan jaminan Halal.

Dengan pensijilan Halal ini, nampaknya Dolly Dim Sum memperkukuhkan komitmen mereka untuk menyajikan makanan berkualiti tinggi yang menepati piawaian JAKIM. Pensijilan ini juga memberi kepercayaan kepada pelanggan Muslim, memudahkan mereka menikmati hidangan Dolly Dim Sum tanpa keraguan.
Buat masa ini, cawangan-cawangan Dolly Dim Sum yang telah menerima sijil Halal adalah:
- Suria KLCC
- Pavilion
- NU Sentral
- East Coast Mall
Pihak Dolly Dim Sum turut mengumumkan bahawa proses pensijilan sedang dijalankan untuk cawangan lain, dan mereka berusaha memastikan semua cawangan memenuhi piawaian Halal yang ditetapkan.