IKEA Kini Jual Sup Cendawan, Sos Lada Hitam Pekat Dan Roti Bawang Putih Dari Restoran IKEA Dalam Pek Sedia Makan Sejuk Beku
Lina Rosli
Tahukah anda kini makanan dari Restoran IKEA seperti sup cendawan, sos lada hitam pekat, kentang lecek dan banyak lagi kini mula dijual dalam bentuk makanan sedia makan sejuk beku – di Kedai Khas Makanan Sweden di IKEA?
Dengan pengenalan makanan sedia makan yang telah disejuk beku ini, peminat makanan IKEA kini boleh menikmati hidangan ikonik mereka tanpa perlu berkunjung ke restoran.



Dengan konsep ini, IKEA memudahkan pelanggan membawa pengalaman makan ala restoran ke dapur rumah mereka. Hidangan ini tidak hanya mudah disediakan, tetapi juga menawarkan kualiti dan rasa yang sama seperti di restoran IKEA.
Pek sedia makan ini juga sesuai untuk sesiapa yang ingin menikmati hidangan berkualiti restoran di rumah. Ia juga sangat praktikal bagi mereka yang mahukan hidangan enak tanpa perlu meluangkan masa yang lama di dapur.


Dan apa yang menarik, sebagai contoh anda ingin menyediakan sepinggan lengkap bebola daging IKEA, anda boleh terus mendapatkan kesemua bahan-bahan yang digunakan oleh IKEA terus di kedai mereka. Malah sekiranya anda ingin mendapatkan bahan untuk hidangan yang lengkap, IKEA menawarkan set kombo untuk pembelian berkenaan – yang ditawarkan pada harga yang berpatutan.
Setakat ini, produk ini boleh didapati di semua cawangan IKEA Malaysia. Jadi, kunjungi IKEA terdekat dan dapatkan hidangan kegemaran anda untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan.