Ferrero Rocher Origins Memperkenalkan Koleksi Coklat Gelap Premium Terbaharu – Menampilkan Pilihan Coklat Gelap 50%, 65% Dan 80%
Lina Rosli
Menjelang penghujung tahun, Ferrero Rocher kembali menceriakan musim perayaan dengan pelancaran kempen Gift of Appreciation, menampilkan koleksi terbaharu yang eksklusif – Ferrero Rocher Origins.
Menurut Ferrero Rocher, koleksi Ferrero Rocher Origins Premium Dark Assortment ini menampilkan praline yang direka dengan teliti, menggabungkan ciri ikonik Ferrero Rocher seperti kacang hazel panggang penuh dan kulit wafer rangup, disempurnakan dengan lapisan coklat gelap premium.

Koleksi ini mempersembahkan tiga variasi coklat gelap unik:
- 50% Coklat Gelap dari Ghana: Dengan rasa buah-buahan yang halus, sesuai untuk mereka yang sukakan kelembutan rasa.
- 65% Coklat Gelap dari Ecuador: Pilihan elegan dengan keseimbangan rasa yang sempurna.
- 80% Coklat Gelap dari Ivory Coast: Pilihan terbaik bagi pencinta coklat pekat yang kaya dengan aroma.

Direka untuk memenuhi pelbagai citarasa, Ferrero Rocher Origins adalah pilihan ideal untuk dinikmati bersama yang tersayang atau sebagai hadiah perayaan yang mewah.
Bagi yang berminat, Ferrero Rocher Origins kini tersedia di pasar raya besar seperti Giant, Lotus, AEON BiG dan kedai terpilih seperti Watsons, Guardian, 7-Eleven, serta dalam talian di Kedai Rasmi Ferrero di Shopee dan Lazada.