Cinnabon Memperkenalkan Siri Lotus Biscoff – Menampilkan Cinnamon Rolls Dan Juga Minuman Berperisa Kulit Kayu Manis
Lina Rosli
Bersempena musim perayaan pada hujung tahun ini, Cinnabon Malaysia telah membawakan keajaiban baharu kepada para peminat mereka melalui pengenalan Lotus Biscoff Series.
Kolaborasi istimewa bersama Lotus ini menghadirkan sentuhan eksklusif kepada menu Cinnabon, menggabungkan cita rasa klasik dengan keunikan biskut Biscoff yang kaya dan memikat.
Antara sorotan utama siri ini adalah Lotus Biscoff Cinnabon. Kombinasi sempurna ini menggabungkan gulungan kayu manis klasik Cinnabon bersama lapisan frosting berperisa Lotus Biscoff dan taburan serbuk biskut Biscoff yang rangup. Sama ada dalam saiz klasik atau mini, ia sesuai dinikmati secara solo atau dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan suasana perayaan.


Selain itu, siri ini turut memperkenalkan dua minuman baharu iaitu Lotus Biscoff Latte dan Lotus Biscoff Chillatta. Minuman-minuman ini menawarkan pengalaman rasa yang hangat dan selesa, menjadikannya pilihan ideal untuk musim perayaan ini.

Menurut pihak Cinnabon Malaysia, pelancaran siri ini bertujuan untuk memberi pengalaman yang baharu kepada rakyat Malaysia, sambil membawa citarasa premium ini lebih dekat dengan komuniti tempatan.
Bukan itu sahaja, dengan pengembangan rangkaian kedai di seluruh negara, Cinnabon berharap untuk terus mencipta detik-detik manis yang tidak terlupakan.
Adakah anda sudah bersedia untuk mencuba sentuhan baharu Cinnabon ini? Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Lotus Biscoff Series di cawangan Cinnabon berdekatan anda, sementara stok masih ada.