Traveloka Menawarkan Jualan Akhir Double Deal 12.12 – Penjimatan Sehingga 50% Bagi Pelbagai Destinasi Percutian
Lina Rosli
Traveloka kembali dengan Jualan Akhir Double Day 12.12 Traveloka, menawarkan penjimatan sehingga 50% bagi pelbagai destinasi percutian. Bermula dari 2 hingga 13 Disember, anda boleh menikmati percutian impian menerusi pelbagai tawaran hebat yang merangkumi diskaun penerbangan, hotel dan aktiviti selain turut menampilkan kupon bernilai sehingga RM 3,220.
Untuk mengetahui senarai lokasi yang boleh anda kunjungi, berikut adalah cadangan destinasi yang mempunyai tawaran eksklusif yang boleh anda rebut di sepanjang jualan akhir Traveloka ini.

#1 Destinasi Musim Sejuk
Untuk pencinta salji, anda boleh kunjungi ke Hokkaido, Jepun bagi menikmati landskap gunung bersalji yang memukau. Atau, anda juga boleh merasai keunikan Jeonju, Korea Selatan dengan Perkampungan Hanok tradisional dan makanan asli Korea pada harga yang istimewa.
#2 Destinasi Tropika
Anda juga boleh merancang perjalanan anda ke pantai menawan seperti Koh Lipe di Thailand atau menikmati kesegaran dan kehijauan ikonik di Teluk Wineglass, Tasmania. Di sini anda boleh bersantai sambil beraktiviti di bawah sinaran matahari.
#3 Pengembaraan Urban dan Musim Bunga
Jika anda menggemari keindahan bunga sakura, anda boleh merancang perjalanan anda ke Kyoto, Jepun, atau terokai budaya unik di Chengdu, China yang mana destinasi ini terkenal dengan hidangan Sichuan Hotpot dan turut memperlihatkan haiwan panda yang comel di kawasan sekitar.

Jualan Kilat dan Hadiah Hebat
Berikut adalah senarai tawaran menarik yang boleh anda nikmati:
- Jualan Kilat Harian: Dari 2 hingga 11 Disember, nikmati diskaun sehingga 50% pada jam tertentu.
- Jualan Kilat Tengah Malam: Pada 12 dan 13 Disember, rebut kupon tambahan untuk penjimatan maksimum.
- Hadiah Utama: Sertai peraduan media sosial untuk peluang memenangi penginapan 5 bintang di Kuala Lumpur atau percutian ke Jepun.
Muat turun aplikasi Traveloka hari ini dan jangan lepaskan peluang untuk mencipta pengalaman perjalanan luar biasa. Layari laman web rasmi Traveloka atau ikuti mereka di Instagram, Facebook dan TikTok untuk maklumat lanjut.