The Coffee Bean & Tea Leaf Kini Memperkenalkan Aplikasi Pesanan Tersendiri

December 5, 2024
Aplikasi

Lina Rosli

Berita baik untuk peminat kopi dan teh premium dari The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL), tahukah anda bahawa mereka kini memperkenalkan aplikasi pesanan mereka yang tersendiri?

Menerusi pengenalan aplikasi The Coffee Bean & Tea Leaf, ia dijangka memberikan pengalaman baru yang lebih mudah dan pantas untuk para pelanggan setia mereka.

Melalui aplikasi ini, pelanggan boleh:

  • Melakukan pesanan awal (pra-pesan): Tidak perlu lagi beratur panjang untuk mendapatkan minuman kegemaran anda. Pesanan boleh dibuat melalui aplikasi dan diambil terus di cawangan pilihan anda.
  • Mendapatkan ganjaran: Setiap pesanan memberikan anda peluang untuk mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus dengan minuman percuma, diskaun atau promosi eksklusif.
  • Promosi khas: Hanya pengguna aplikasi akan mendapat akses kepada tawaran dan promosi istimewa.

Dari segi rekaan aplikasi, CBTL hadir dengan aplikasi yang mesra pengguna dengan reka bentuk moden dan intuitif. Pelanggan juga boleh menyesuaikan pesanan seperti memilih tahap gula, jenis susu atau tambahan sirap mengikut selera masing-masing.

Sementara untuk pilihan pembayaran pula, aplikasi ini menawarkan penerimaan pembayaran yang terhad iaitu hanya melalui pembayaran kad debit atau kredit serta Apple Pay. Dan buat masa ini, penggunaan aplikasi ini juga turut tertakluk kepada pembelian ambil di kedai sahaja.

Muat turun aplikasi The Coffee Bean & Tea Leaf sekarang di Google Play Store atau Apple App Store dan rasai kemudahan di hujung jari anda!

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd