Hotel Hilton Hadir Dengan Pakej Perkahwinan Lengkap – Terokai Kelengkapan Yang Ditawarkan Di Pameran Perkahwinan KLPJ Pada 11-12 Januari Ini
Lina Rosli
Hotel Hilton di seluruh Malaysia sedang menyediakan pelbagai tawaran untuk pasangan kekasih di Pameran Perkahwinan KLPJ yang akan datang.
Bagi anda yang berminat, jangan lupa untuk berkunjung ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 dan 12 Januari 2025 ini untuk menerokai pakej perkahwinan istimewa yang menanti anda di ruang pameran yang bertema, Katakan “Aku Terima” kepada Sambutan Teristimewa Seumur Hidup.

Di ruang pameran Hilton, anda akan menemui pakej lengkap mereka yang direka dengan teliti selain memberikan anda fokus untuk mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Selain itu, anda juga boleh memperoleh dua kali ganda mata Hilton Honors yang boleh ditebus bagi percutian romantis atau pengalaman menarik yang lain – termasuk penginapan Suite Pengantin percuma.

Pasangan yang membuat tempahan semasa pameran boleh menikmati diskaun khas 20% ke atas pakej perkahwinan terpilih dan mengambil bahagian dalam cabutan bertuah anjuran pihak penganjur, dengan hadiah termasuk RM300,000 dalam bentuk pulangan tunai dan hadiah, termasuk RM80,000 dalam bentuk tunai.
Sebagai bonus tambahan, anda turut berpeluang menjadi pemenang bertuah untuk penginapan 3 hari 2 malam di Vila Kolam Renang Taman Tropika Satu Bilik Tidur yang menakjubkan di Umana Bali, LXR Hotels & Resorts.
Berikut adalah hotel-hotel yang mengambil bahagian:
- Hilton Kuala Lumpur
- Hilton Petaling Jaya
- Hilton Kuching
- Hilton Kota Kinabalu
- DoubleTree By Hilton Kuala Lumpur
- DoubleTree By Hilton Putrajaya Lakeside
- DoubleTree By Hilton Melaka
- DoubleTree By Hilton Johor Bahru
- DoubleTree By Hilton Shah Alam I-City
- DoubleTree By Hilton Damai Laut Resort
- DoubleTree Resort By Hilton Penang

Bagi yang berminat, lawati Hotel Hilton di reruai A23 di Dewan 5 dari 11.00 pagi hingga 9.00 malam di Pameran Perkahwinan KLPJ. Untuk maklumat lanjut dan tawaran eksklusif, lawati WeddingsAtHilton.com