Spritzer So Tinge Hadir Dengan Reka Bentuk Pek Dan Botol Baharu – Menerusi Kempen “So Tinge, So Mantap!”

January 14, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

Spritzer So Tinge kini melancarkan kempen “So Tinge, So Mantap!” – yang mana kempen ini memperkenalkan reka bentuk pek dan botol baharu yang lebih mantap dan moden.

Tujuan kempen ini diperkenalkan adalah bagi menggalakkan anak muda untuk kekal hidrat serta bersedia menghadapi sebarang cabaran. Tidak hanya itu, pelancaran ini turut dimeriahkan dengan kejohanan komuniti Mobile Legends: Bang Bang yang dikenali sebagai “Mantap Esports Cup”.

Melalui kempen ini juga, tiga penstrim permainan video terkenal, iaitu Syarizzler, Rippo, dan Khaleesi, akan menghiburkan anda melalui sesi LIVE strim penuh aksi dan hiburan. Dalam sesi ini, mereka ditemani oleh Spritzer So Tinge, minuman soda yang mantap dan sesuai dinikmati sepanjang permainan. Lebih menarik lagi, anda berpeluang bermain bersama atau menentang mereka sambil merebut hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

Untuk menyertai kejohanan ini, anda hanya perlu ikuti langkah mudah ini:

  1. Beli minuman soda Spritzer So Tinge (sebarang perisa) dan simpan resit sebagai bukti pembelian.
  2. Sertai saluran Discord “So Tinge, So Mantap Community” melalui pautan berikut: https://discord.com/invite/3aKKXHtMtt.
  3. Hantar resit pembelian kepada admin dalam saluran Discord tersebut.
  4. Peserta yang berjaya akan dimasukkan ke ruang khas sebelum memulakan perlawanan dalam kejohanan ini.

Kempen ini turut memperkenalkan label hitam dan reka bentuk botol baharu yang lebih bergaya, melambangkan cita rasa moden generasi muda. Spritzer So Tinge bukan sekadar soda biasa, tetapi minuman yang lebih sihat kerana diperbuat daripada air mineral semula jadi Spritzer yang kaya dengan Silika.

Kelebihan kehadiran silika di dalam minuman So Tinge adalah:

  • Membantu penghasilan kolagen untuk kesihatan tubuh badan.
  • Memberikan kulit yang lebih sihat dan cantik.
  • Mengekalkan hidrasi sepanjang hari.

Dengan lima perisa menyegarkan iaitu Anggur, Lemon Sitrus, Tembikai Laici, Pic, dan Epal, Spritzer So Tinge adalah pilihan terbaik untuk aktiviti harian anda, termasuk sesi permainan yang memerlukan tumpuan tinggi.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan Spritzer So Tinge di PETRONAS, FamilyMart dan MYNEWS hari ini. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Instagram rasmi kami di @Spritzer.SoTinge dan sertai komuniti kami untuk lebih banyak aktiviti menarik.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd