Nikmati Pengalaman Dunia Genshin Impact Di Malaysia – Menampilkan Motosikal Bertemakan Mavuika
Lina Rosli
Genshin Impact memulakan tahun 2025 dengan penuh gaya melalui promosi eksklusif yang berlangsung di Kuala Lumpur hujung minggu lalu. Apa yang lebih menarik, peminat berpeluang membawa pulang Mavuika-Themed Motorcycle—sebuah motosikal khas yang diilhamkan oleh Pyro Archon, Mavuika.
Dengan reka bentuk unik yang memadukan elemen seni ikonik permainan ini bersama estetik dunia nyata, hadiah ini menjadi impian setiap kolektor dan peminat motosikal.
Motosikal Bertemakan Mavuika: Karya Seni di Jalanan
Reka bentuk motosikal ini mengambil inspirasi daripada Mavuika dan Flamestrider, memaparkan corak api yang berani, perincian halus, serta reka bentuk moden. Ia bukan sekadar kenderaan tetapi juga simbol penghargaan terhadap komuniti Genshin Impact yang penuh semangat.

Lebih menarik, selepas Kuala Lumpur, Genshin Impact telahpun membawakan keseronokan ini ke Johor dan yang terbaru – buat pertama kalinya ke Pulau Pinang iaitu di Queensbay Mall pada 17 hingga 19 Januari 2025
Dengan ini, para pemain kini berpeluang menyelami dunia Teyvat secara langsung melalui acara-acara yang bakal berlangsung.

Kumpulkan Tiket dan Sertai Cabutan Bertuah
Berikut adalah cara untuk mendapatkan tiket cabutan bertuah:
- Lengkapkan Aktiviti Booth: Setiap pemain yang melengkapkan semua aktiviti di lokasi acara akan menerima satu tiket cabutan bertuah.
- Langgan Genshin Impact: Langgan melalui Facebook Messenger atau emel untuk mendapatkan tatu badan sementara.
- Muat Naik Foto: Kongsi foto dengan tanda pagar #GenshinImpact dan #StandWithMavuika di media sosial untuk mendapatkan kad gores yang mengandungi ganjaran dalam permainan seperti Primogem.
- Tunjuk Bukti Pemain Aktif atau Baru: Pemain sedia ada boleh menunjukkan bukti menuntut Daily Commission Rewards, manakala pemain baharu perlu menunjukkan bukti memuat turun permainan.
- Beli Barangan Rasmi: Setiap perbelanjaan RM45 di reruai cenderamata melayakkan anda mendapat satu tiket cabutan bertuah.
Bagi yang berminat, anda boleh menebus maksimum lima tiket setiap hari.