Agoda Berkongsi Kuala Lumpur Dan Hat Yai Merupakan Destinasi Pelancong Malaysia Sempena Tahun Baru Lunar
Lina Rosli
Menjelang Tahun Baru Lunar, Agoda mendedahkan Kuala Lumpur sebagai destinasi paling dicari oleh pelancong domestik dan antarabangsa untuk meraikan permulaan “Tahun Ular” di Malaysia. Bagi rakyat Malaysia yang merancang percutian ke luar negara, Hat Yai muncul sebagai destinasi paling popular berdasarkan carian penginapan.

Sejak kebelakangan ini, minat pelancong antarabangsa terhadap Malaysia meningkat mendadak dengan carian penginapan meningkat sebanyak 41% berbanding tahun 2024. Dan bilangan pelancong dari Singapura, China dan Indonesia adalah antara yang tertinggi, di mana China dan Indonesia mencatatkan peningkatan carian masing-masing sebanyak 103% dan 81%.
Fenomena ini bertepatan dengan pelancaran Visit Malaysia 2026 yang menyasarkan 35.6 juta pelawat, memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pelancongan global.
Kuala Lumpur: Tarikan Utama Pelancong Domestik
Bagi pelancong tempatan, Kuala Lumpur terus memikat hati dengan peningkatan carian sebanyak 58% berbanding tahun lalu. Bandar raya ini menjadi tumpuan dengan hiasan bertemakan Tahun Baru Lunar yang menghiasi pusat membeli-belah, mencipta suasana meriah dan unik.
Berdasarkan perkongsian pelancong tempatan tertarik dengan pelbagai acara tradisional dan moden, persembahan hiburan, serta aktiviti untuk semua peringkat umur, menjadikan Kuala Lumpur lokasi ideal untuk menyambut perayaan ini.

Hat Yai dan Tokyo: Destinasi Pilihan Luar Negara
Bagi mereka yang merancang untuk ke luar negara, Thailand terus menjadi pilihan utama. Hat Yai dan Bangkok menduduki tangga teratas destinasi luar negara rakyat Malaysia dengan peningkatan carian penginapan sebanyak 30% dan 76% masing-masing.
Apa yang menarik, tahun ini Tokyo telah mengatasi Bali sebagai destinasi ketiga paling popular, mencatatkan pertumbuhan carian sebanyak 78%. Kombinasi budaya, makanan dan pengalaman unik menjadikan Tokyo pilihan menarik bagi pelancong Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, layari agoda.com/deals dan mulakan perjalanan anda menyambut Tahun Ular!