Dari Biji Soya Kepada Minuman – Bagaimana Soya Bijian Penuh Diuruskan Secara Lestari?

January 20, 2025
fakta menarik

Lina Rosli

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, trend makanan berasaskan tumbuhan semakin popular di Asia Tenggara. Perkara ini sebenarnya didorong oleh kesedaran pengguna terhadap manfaat kesihatan dan juga alam sekitar.

Dan antara pilihan atau variasi produk berasaskan tumbuhan yang menarik perhatian ramai ialah penghasilan soya bijian penuh yang bukan sahaja menawarkan kandungan nutrisi tinggi tetapi juga menyokong prinsip kelestarian.

Cabaran Dalam Penghasilan Produk Berasaskan Tumbuhan

Walaupun populariti produk berasaskan tumbuhan semakin meningkat, penghasilan minuman soya bijian penuh masih lagi memerlukan konsistensi dan kecekapan. Ini bagi menjaga kualiti produk sambil mengoptimumkan proses pengeluaran menjadi cabaran utama bagi pengeluar.

Dan cabaran ini sebenarnya perkara yang ingin diselesaikan oleh Tetra Pak yang merupakan syarikat dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam industri soya. Di Tetra Pak, mereka mempunyai kepakaran dan inovasi yang telah membawa kepada pencapaian terkini.

Sebagai perintis dalam penghasilan minuman soya, Tetra Pak memiliki kepakaran dalam memastikan produk minuman soya bijian penuh lebih berkualiti. Bermula dari perumusan dan ujian, mereka memastikan setiap produk menawarkan rasa yang lebih kaya dan tekstur yang lebih berkrim, sesuai dengan keinginan pengguna masa kini.

Pendekatan Ekonomi Yang Memfokuskan Kelestarian

Jika anda lihat untuk kebanyakan jenama makanan dan minuman pada masa kini, rata-rata dilihat sudah mula dan semakin menerapkan pendekatan ekonomi kitaran yang mana memfokuskan kepada pengurangan sisa dan penggunaan sumber yang lebih cekap.

Ini termasuk juga penghasilan soya bijian penuh menyokong pendekatan ini dengan memanfaatkan hampir 100% kacang soya, termasuk sisa seperti okara yang sebelum ini sering dibuang.

Model tanpa sisa ini bukan sahaja mengurangkan pembaziran makanan tetapi juga menyumbang kepada matlamat alam sekitar dengan menambah nilai nutrisi kepada produk akhir.

Vietnam menjadi contoh kejayaan penghasilan soya bijian penuh di Asia Tenggara. Dengan kerjasama Tetra Pak, pengeluar seperti Vinamilk berjaya mengurangkan penggunaan air hingga 20% serta meningkatkan kecekapan tenaga. Inisiatif ini juga menekankan pengurangan jejak karbon dan menjamin kebolehkesanan penuh dari bahan mentah sehingga ke produk akhir.

Model ini bukan sahaja menyokong kelestarian tetapi juga membuka peluang ekonomi baharu, menjadikannya rujukan untuk negara lain seperti Malaysia dan Singapura yang turut menghadapi cabaran sisa makanan.

Langkah Ke Hadapan Di Dalam Industri Berasaskan Tumbuhan

Penghasilan soya bijian penuh menunjukkan potensi besar dalam memenuhi permintaan makanan berasaskan tumbuhan yang semakin meningkat. Dengan sokongan teknologi terkini dan pendekatan mesra alam, pengeluar di Asia Tenggara dapat meningkatkan daya saing sambil menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau.

Bagi pengguna, ini bermakna lebih banyak pilihan makanan sihat yang dihasilkan secara mampan—trend yang bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga untuk bumi kita.

Artikel oleh: John Jose

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd