Kenangan Coffee Memperkenalkan Menu Minuman Baharu – Golden Butterscotch Latte Untuk Penggemar Kopi Klasik
Lina Rosli
Kenangan Coffee kini memperkenalkan menu baharu yang pasti menarik perhatian ramai, iaitu siri Golden Butterscotch. Dengan sentuhan rasa manis butterscotch yang kaya dan aromatik, minuman ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati keseimbangan rasa kopi premium dengan kemanisan yang lembut dan menyenangkan.

Golden Butterscotch Latte disediakan menggunakan campuran espresso segar, susu berkrim, dan sirap butterscotch istimewa, menghasilkan rasa yang kompleks namun tetap memikat. Minuman ini sesuai dinikmati panas atau sejuk, bergantung kepada selera dan suasana.
Selain itu, bagi mereka yang lebih suka minuman tanpa kopi, anda boleh menikmati Golden Butterscotch Milk menawarkan kelembutan manis butterscotch. Anda juga boleh mencuba Freezy Frozen Butterscotch Latte atau Freezy Frozen Butterscotch Milk, yang turut ditawarkan di dalam siri ini khusus untuk penggemar minuman jenis ais kisar.

Selain minuman baru, Kenangan Coffee juga memperkenalkan krim puff yang pasti akan menggoda selera anda. Antara perisa yang ditawarkan termasuklah:
- Matcha Dream
- Chocomilk
- Butter Nutty
- Berry Berry
Bagi yang berminat, kesemua minuman dan makanan ini kini tersedia di semua cawangan Kenangan Coffee seluruh negara untuk tempoh terhad. Jadi, singgah ke Kenangan Coffee terdekat anda dan rasai keunikan Golden Butterscotch Latte hari ini.