Raikan Tahun Ular Dengan Koleksi Tahun Baru Cina Eksklusif Skechers
Lina Rosli
Mendekat sambutan Tahun Baru Cina dalam beberapa hari lagi, Skechers memperkenalkan koleksi pakaian eksklusif yang direka untuk semua generasi – dari dewasa hingga ke kanak-kanak. Untuk koleksi ini, Skechers menampilkan gabungan gaya moden dan keselesaan untuk memeriahkan sambutan anda.
Di dalam koleksi eksklusif Skechers ini, anda boleh mendapatkan pakaian dewasa yang merangkumi:
- Baju-T Lengan Pendek – RM119
- Baju Polo Lengan Pendek – RM179
- Gaun Tanpa Lengan – RM149 hingga RM179

Koleksi ini didatangkan dalam warna-warna menarik seperti Chinese Red, Navy Peony dan White Alyssum, menjadikannya mudah untuk dipadankan sebagai pakaian keluarga atau “couple fit” yang ikonik.
Diperbuat daripada gabungan kapas premium, poliester, dan elastane, koleksi ini memastikan keselesaan maksimum sepanjang cuaca panas di Malaysia – ideal untuk rumah terbuka dan sesi yusheng.
Pilihan Untuk Si Kecil
Untuk kanak-kanak, Skechers menawarkan:
- Baju-T Lengan Pendek – RM99
- Baju Polo Lengan Pendek – RM129
- Gaun Tanpa Lengan – RM149
Dengan rekaan ceria, koleksi kanak-kanak memastikan mereka juga tampil menyerlah di samping keselesaan sepanjang hari.

Koleksi Tahun Baru Cina Skechers telahpun boleh didapati sejak 26 Disember 2024 di rangkaian stor Skechers seperti The Exchange TRX, Pavilion KL dan Suria KLCC. Anda juga turut boleh menikmati hadiah istimewa apabila anda berbelanja di Skechers.
- Percuma Set Angpau: Dengan pembelian minimum RM300, pelanggan akan menerima set angpau eksklusif yang menampilkan rekaan kucing bertopi ular.
- Blind Box Kucing Bertuah: Belanja RM550 ke atas untuk menerima kotak misteri yang mengandungi figura kucing bertuah—tambah rezeki dan kebahagiaan ke dalam sambutan anda.