Laneige Memperkenalkan Produk Water Bank Baharu – Koleksi Produk Yang Membantu Menghidratkan Kulit
Lina Rosli
Laneige, jenama K-beauty global yang terkenal dengan inovasi penjagaan kulit, kini memperkenalkan rangkaian Water Bank baharu iaitu Blue Hyaluronic Acid yang berfungsi hingga ke lapisan dalam kulit untuk memberikan kelembapan yang lebih lama, melindungi kulit dan menjadikannya berseri secara semula jadi.
Antara produk yang diperkenalkan dibawah rangkaian ini adalah:
- Water Bank Gel Cream (RM180): Memberikan kelembapan ringan dan menyegarkan, sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.
- Water Bank Moisture Cream (RM180): Pelembap yang lebih kaya dan menenangkan, sesuai untuk kulit kering dan normal.

Kedua-dua krim ini direka untuk semua jenis kulit, bergantung pada keperluan dan keutamaan penjagaan kulit anda.
Untuk pengetahuan anda juga, Laneige Water Bank kini hadir dengan pembungkusan boleh diisi semula, memastikan anda menikmati produk premium sambil menyokong kelestarian alam.
Untuk pengalaman pembersihan yang lembut tetapi efektif, Laneige turut memperkenalkan Water Bank Gentle Gel Cleanser (RM120). Dengan formula pH 5.0 yang meniru keadaan kulit yang sihat, pembersih ini mampu menghapuskan solekan dan sunscreen tanpa mengganggu keseimbangan semula jadi kulit anda.


Sertai Keseronokan The Laneige Show di Mid Valley Megamall
Dari 11 hingga 16 Februari 2025, The Laneige Show mengambil alih Centre Court Mid Valley Megamall, membawa pelbagai aktiviti dan tawaran menarik:
- Belanja RM300 (termasuk Water Bank Cream) untuk berpeluang menangi hadiah seperti baucar penerbangan Trip.com sehingga RM1,500, mini Laneige, keyring dan beg perjalanan eksklusif.
- Hadiah eksklusif mengikut nilai pembelian:
- RM220: Set hadiah 3-item
- RM420: Set hadiah 6-item
- RM620: Padded Wash Bag
- RM820: Bagasi Laneige 18 inci
Nikmati diskaun sehingga 40% untuk set Water Bank dan juga peluang beli 1, percuma 1 untuk produk kegemaran seperti Neo Cushions dan Sleeping Masks.
Bagi yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menikmati yang terbaik dari K-beauty – eksklusif sepanjang minggu The Laneige Show!