ZUS Coffee Memperkenalkan Siri Minuman Berasaskan Buah Pisang Seperti Iced Banana Spanish Latte, Bananabae
January 21, 2025
Makanan & Minuman
Lina Rosli
ZUS Coffee terus mencuri perhatian pencinta kopi dengan memperkenalkan siri minuman baharu berasaskan buah pisang – menerusi siri Banana.
Gabungan rasa unik antara buah pisang dan kopi ataupun buah pisang dan juga buah lain, pastinya akan menawarkan kesegaran yang unik kepada penggemar ZUS Coffee.

Bagi yang berminat untuk mencubanya, berikut adalah tiga pilihan menarik yang boleh anda cuba:
- Strawberry Banana Frappé – Kombinasi antara strawberi yang berkrim dan pisang, diadun hingga menghasilkan rasa buah-buahan yang harmoni dan menyegarkan.
- Iced Banana Spanish Latté – Minuman kegemaran ramai, Spanish Latté, kini diberi sentuhan baharu dengan tambahan rasa pisang yang lembut.
- Bananabae – Menggabungkan minuman soda dan juga rasa pisang yang ringan – sesuai untuk anda yang gemarkan sesuatu yang berbeza.
Bagi yang berminat, siri minuman baharu ini kini boleh didapati di semua cawangan ZUS Coffee. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan nikmati inovasi rasa baharu yang pasti akan memikat selera anda.