Aktiviti Sukan Yang Sohor Kini Pada Tahun 2025 – Ayuh Mula Bersukan Bersama Peralatan Sukan Dari Temu
Lina Rosli
Apabila masuk sahaja tahun baru, pasti ramai dalam kalangan individu yang mula menetapkan azam untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan aktif. Kebiasaannya, tahun baru adalah titik permulaan bagi kebanyakan individu untuk memulakan perjalanan hidup yang baharu.
Oleh itu, bagi anda yang mungkin sedang mencari aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan di sepanjang tahun ini, mungkin artikel ini sedikit sebanyak membantu anda memilih aktiviti sukan yang bersesuaian untuk anda.

Untuk pengetahuan anda, untuk tahun 2025, antara aktiviti sukan yang semakin mendapat perhatian ramai termasuklah pickleball, padel, frisbee dan pilates – dan ini bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi turut memberi peluang untuk bersosial.
Setiap sukan ini menawarkan pengalaman yang berbeza, dengan elemen keseronokan dan cabaran yang dapat menarik minat pelbagai golongan, daripada mereka yang baru bermula hinggalah yang berpengalaman.
Aktiviti Sukan Sohor Kini Pada Tahun 2025
Dengan bantuan platform seperti Temu, anda boleh mendapatkan peralatan berkualiti tinggi pada harga yang mampu milik untuk memulakan perjalanan kecergasan anda.
#1 Pickleball – Sukan Untuk Semua Peringkat Umur
Antara sukan yang semakin menjadi pilihan kebanyakan individu, pickleball kini semakin popular dalam kalangan orang muda di seluruh dunia, termasuk di Asia Tenggara.
Sukan ini menggabungkan elemen tenis, badminton dan pingpong, menjadikannya mudah untuk dimainkan oleh semua peringkat umur.
Untuk mula mencipta pengalaman baharu dengan pickleball, anda hanya memerlukan paddle pickleball, bola dan beg sukan untuk menyimpan peralatan anda.

#2 Padel – Kombinasi Tenis Dan Squash
Padel adalah sukan sosial yang dimainkan secara berpasukan, menjadikannya aktiviti sempurna untuk mereka yang suka bersosial sambil bersukan.
Berasal dari Mexico, sukan ini kini semakin diminati, terutamanya di kalangan komuniti ekspatriat dan pemain tempatan yang mencari aktiviti baru. Untuk sukan ini, anda perlu mempunyai barangan keperluan seperti bat padel, bola dan visor untuk memastikan anda sentiasa bersedia apabila berada di dalam gelanggang.

#3 Frisbee – Sukan Santai Bersama Keluarga
Sewaktu zaman universiti dahulu, sukan frisbee antara sukan yang menjadi kegemaran para pelajar. Ini kerana sukan ini mudah dimainkan – sama ada di taman atau pantai. Dan kini, frisbee menjadi semakin popular kerana ia boleh dinikmati oleh semua peringkat umur.
Sama ada bermain bersama rakan, keluarga atau haiwan peliharaan anda, frisbee menggabungkan elemen keseronokan dan kecergasan dalam satu aktiviti.
Apa yang anda perlukan hanyalah cakera frisbee berkualiti tinggi dan tuala kecil untuk memastikan anda kekal segar.

#4 Pilates – Senaman Anggun Untuk Para Wanita
Bagi mereka yang mencari senaman berimpak rendah tetapi memberi hasil yang besar, pilates adalah pilihan terbaik. Ia membantu meningkatkan kekuatan, fleksibiliti, dan postur badan, sesuai untuk mereka yang ingin bersenam tanpa tekanan tinggi pada sendi.
Apa yang perlu anda lakukan, hanya sediakan tikar yoga anti-gelincir dan sarung kaki bergrip untuk keselesaan maksimum semasa bersenam.
Antara tempat pilates yang popular di sekitar Lembah Klang termasuklah:
- Pilatique Pilates & Physiotherapy Studio
- Urban Spring Pilates
- The Flow Studio
- SoPilates Studio
- FLYPROJECT – FLYREFORMER

Dapatkan Barangan Sukan Dan Keperluan Anda Di Temu
Di Temu, ia menawarkan pelbagai peralatan sukan pada harga yang mampu milik tanpa menjejaskan kualiti. Dengan rantaian bekalan yang lebih efisien, Temu memastikan anda mendapat akses kepada peralatan terus dari pengeluar, menjadikannya pilihan yang mudah dan berbaloi untuk semua.
Sama ada anda ingin mencuba pickleball, menerokai keseronokan padel, bermain frisbee, atau bersenam pilates, tahun 2025 adalah masa terbaik untuk mencuba sesuatu yang baru.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Temu di Temu Sports & Outdoors.