Nongshim Shin Ramyun Tom Yum Kini Di Malaysia – Kombinasi Unik Rasa Korea Dan Thailand

January 23, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Nongshim, jenama mi segera terkemuka dari Korea, telah memperkenalkan inovasi terbaru mereka, Nongshim Shin Ramyun Tom Yum untuk pasaran Malaysia. Produk ini merupakan hasil kolaborasi istimewa bersama Chef Jay Fai, seorang legenda makanan jalanan bertaraf Michelin dari Bangkok.

Gabungan rasa ikonik Nongshim Shin Ramyun dengan keharuman dan rasa autentik Tom Yum dari Thailand menjadikan perisa baharu ini satu pengalaman kulinari yang unik.

Rangkaian Nongshim Shin Ramyun Tom Yum hadir dalam dua pilihan:

  • Nongshim Shin Ramyun Tom Yum Soup (peket & mangkuk)
  • Nongshim Shin Ramyun Tom Yum Stir Fry (peket & mangkuk)

Setiap varian menampilkan rasa masam, pedas dan umami tradisional Tom Yum yang diperkaya dengan rempah ratus eksotik, mi kenyal, cendawan shiitake, bok choy dan lobak merah. Kombinasi ini memberikan lapisan rasa yang kompleks dan memuaskan.

Bagi anda yang berminat, Nongshim Shin Ramyun Tom Yum boleh didapati di pasar raya utama di Malaysia – menampilkan pek pembungkusannya yang berwarna ungu yang mana hadir dengan sup klasik dan goreng.

Untuk pengetahuan anda juga, mi segera Nongshim Shin Ramyun Tom Yum turut telah disahkan Halal, menjadikannya sesuai untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Nongshim atau ikuti mereka di media sosial.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd