Luckin Coffee Kini Dibuka Di Sunway Pyramid & Menara EcoWorld – Muat Turun Aplikasi Untuk Menggunakan Ciri Pesan Dan Ambil
Lina Rosli
Kepada pencinta kopi, jangan ketinggalan untuk merasai sendiri kelazatan kopi premium dari Luckin Coffee – jenama kopi terkemuka dari China yang kini telah membuka pintunya secara rasmi di dua lokasi di sekitar Lembah Klang iaitu di Sunway Pyramid dan Menara EcoWorld.


Di acara pelancaran Luckin Coffee ini, mereka memperlihatkan variasi pilihan minuman yang boleh dinikmati oleh semua individu – merangkumi pelbagai jenis kopi termasuk kopi menggunakan biji kopi Single Origin hingga ke minuman berasaskan teh hijau. Dan antara 4 minuman yang dicadangkan adalah Coconut Latte (RM14), Matcha Latte (RM14), Latte (RM13) dan Yirgacheffe Americano (RM15).
Bukan itu sahaja, Luckin Coffee turut menawarkan pilihan minuman frappe seperti Lush Coconut Frappe (RM17), Chocolate Frappe (RM17) dan Vanilla Falvoured Frappe (RM16).



Muat Turun Aplikasi Luckin Coffee Untuk Pengalaman Lebih Lancar
Untuk memanfaatkan ciri-ciri terbaik yang ditawarkan oleh Luckin Coffee, pelanggan boleh memuat turun aplikasi Luckin Coffee:
- Pesan kopi dengan mudah: Tempah minuman anda lebih awal dan elakkan barisan.
- Ciri pesan dan ambil: Dengan beberapa klik, minuman anda tersedia untuk diambil sebaik sahaja tiba.
- Promosi eksklusif: Nikmati diskaun dan tawaran khas yang hanya terdapat di aplikasi.
Apa tunggu lagi? Jom ke Luckin Coffee di Sunway Pyramid atau Menara EcoWorld untuk merasai sendiri pengalaman kopi yang luar biasa. Jangan lupa muat turun aplikasi Luckin Coffee hari ini dan nikmati kemudahan pesan dan ambil.