Redmi Note 14 Pro+ 5G: Telefon Pintar Elegan & Tahan Lasak Untuk Wanita Aktif

January 31, 2025
Gajet Dan Teknologi

Lina Rosli

Sebagai seorang wanita yang suka menerokai dunia luar, mengambil gambar, dan sering membawa banyak barang dalam beg, memilih telefon pintar bukan sekadar soal teknologi. Ia juga perlu tahan lasak, praktikal, dan yang paling penting – sesuai dengan gaya hidup saya. Redmi Note 14 Pro+ 5G memenuhi semua keperluan ini dengan gabungan rekaan elegan, ketahanan yang maksima dan keupayaan AI canggih.

Rekaan Elegan Dan Bergaya

Apa yang menarik perhatian saya tentang Redmi Note 14 Pro+ 5G adalah rekaannya. Dengan badan yang ramping, skrin penuh tanpa gangguan, dan kemasan belakang yang bersinar, telefon ini kelihatan premium dan moden. 

Selain itu, sistem kamera belakang yang disusun cantik menambahkan lagi daya tarikannya. Telefon ini dilengkapi dengan kamera 50+8+2 megapixel selain turut dilengkapi sensor AI 200-megapixel, memastikan setiap gambar yang diambil mempunyai butiran yang luar biasa. Bagi peminat swafoto, kamera depan 20 megapixel memastikan setiap gambar swafoto tampil lebih cerah dan jelas – sangat sesuai untuk dimuat naik terus ke media sosial.

Bukan itu sahaja, walaupun ia tahan lasak, rekaannya tidak nampak tebal atau kasar. Telefon ini muat sempurna di tangan saya, dan walaupun saya sering tergesa-gesa menggali beg untuk mencarinya, ia tetap tahan tanpa sebarang kerosakan.

Bagi yang berminat, peranti ini menampilkan pilihan warna seperti Lavender Purple, Frost Blue, dan Midnight Black. Ia memberikan pilihan kepada wanita untuk memilih gaya yang sesuai dengan personaliti mereka – sama ada untuk kelihatan feminin atau klasik.

Tahan Lasak Dan Versatile Untuk Aktiviti Harian

Sebagai seorang wanita yang gemar memasukkan dan menyimpan semua barang di dalam beg, seringkali saya mendapati terdapat kesan calar dan garisan halus pada skrin peranti saya.

Oleh sebab itu, ketahanan telefon ini adalah sebab utama saya jatuh hati dengannya. Corning Gorilla Glass Victus 2 melindungi skrin dari calar akibat kunci atau barangan lain di dalam beg.

Malah, baru-baru ini, ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, saya ingin mengeluarkan telefon dari dalam beg untuk melakukan pembayaran nirtunai menggunakan DuitNow QR. Akan tetapi telefon yang di tangan terlepas dari genggaman menyebabkannya terjatuh ke lantai. 

Walaupun terjatuh dari ketinggian yang agak tinggi, namun saya mendapati tiada sebarang kesan calar pada badan peranti mahupun skrin.

Bukan itu sahaja, IP68 Dust & Water Resistance memberi saya keyakinan tambahan. Sebagai seseorang yang gemar bersiar-siar di taman dan menerokai kafe-kafe baharu di sekitar Kuala Lumpur, hujan yang turun tiba-tiba bukan lagi masalah besar. Telefon ini juga membuktikan ketahanannya apabila saya tidak sengaja menumpahkan air mineral ke atasnya. 

Dan yang paling menarik, dengan teknologi Wet Touch 2.0, saya masih boleh menggunakan skrin walaupun telefon itu basah. Saya masih boleh menatal, menaip dan mengakses aplikasi – tanpa memerlukan saya mengelapnya menggunakan kain.

AI Pintar Untuk Fotografi Yang Menakjubkan

Seterusnya, fotografi adalah satu lagi kelebihan yang membuatkan saya lebih menghargai Redmi Note 14 Pro+ 5G. 

Sebagai pencinta gambar tidak kira sama ada jenis potret mahupun pemandangan, saya agak risau jika gambar yang diambil mempunyai objek atau subjek yang tidak diperlukan di dalam gambar. 

Disebabkan itu, saya menggemari fungsi AI Photo Editing yang ditawarkan secara terbina pada peranti Redmi ini – menjadikan gambar yang saya ambil kelihatan lebih hidup dan profesional.

Sebagai contoh, gambar pemandangan bandar Kuala Lumpur yang saya rakam kelihatan lebih jitu warnanya. Dengan AI, saya boleh menyunting gambar untuk menonjolkan warna langit agar kelihatan lebih menarik.

Selain itu, fungsi AI Erase Pro yang akan datang pasti menjadi kegemaran saya. Bayangkan anda mengambil gambar yang cantik tetapi ada objek yang tidak diingini seperti tong sampah atau orang asing yang lalu di belakang – fungsi ini membolehkan anda membuang objek tersebut dengan mudah.

Telefon ini juga memperkenalkan ciri seperti AI Subtitles, yang sangat membantu saya ketika membuat video pendek untuk media sosial. Tambahan pula, AI Notes dan AI Recorder memberi kemudahan untuk mencatat dan merakam inspirasi secara spontan.

Lain-lain hasil gambar, seperti gambar potret, gambar di dalam bangunan dan gambar makanan adalah seperti berikut:

Pengalaman Praktikal Seorang Wanita Aktif

Redmi Note 14 Pro+ 5G bukan sahaja tentang teknologi dan ketahanan, tetapi bagaimana ia menyokong gaya hidup saya. Sebagai seseorang yang sering membawa banyak barang – dompet, botol air, power bank, dan alat solek – dalam satu beg, saya perlukan telefon yang tidak mudah rosak.

Selain itu, dengan bateri tahan lama, saya boleh keluar seharian tanpa risau mencari tempat untuk mengecas. Gabungan ciri ketahanan, rekaan elegan dan teknologi pintar membuatkan Redmi Note 14 Pro+ 5G benar-benar memudahkan hidup saya.

Jadinya, jika anda seorang wanita aktif yang sering bergerak, membawa barang yang banyak, atau gemar mengambil gambar, Redmi Note 14 Pro+ 5G adalah telefon yang direka untuk anda. Ia tahan lasak, cantik, dan dilengkapi dengan teknologi terkini yang membantu anda menangkap setiap detik dengan sempurna.

Kini, tiada lagi alasan untuk risau tentang calar, jatuh, atau air. Redmi Note 14 Pro+ 5G memberikan saya keyakinan untuk meneroka dunia dengan lebih bebas – dan pastinya, gambar-gambar yang lebih menakjubkan untuk dikenang.

Untuk mendapatkan Redmi Note 14 Pro+ 5G, berikut adalah maklumat harga dan variasi storan:

  • Redmi Note 14 Pro+ 5G (12GB + 512GB): RM1,899
  • Redmi Note 14 Pro+ 5G (12GB + 256GB): RM1,699
  • Redmi Note 14 Series (Harga bermula dari RM699)

Telefon ini boleh didapati di kedai Xiaomi, mi.com, Shopee, dan Lazada. Maklumat lanjut, anda boleh lawati laman sosial Xiaomi di:

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd